Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2015: Pelan Tindakan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan Pelan Tindakan Air Kebangsaan bagi memastikan kelangsungan...

KDN Akan Bincang Keberkesanan...

KANGAR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan perbincangan dengan agensi yang bertanggungjawab...

Tak Perlu Beri Salinan...

KUALA LUMPUR - Tiada garis panduan khusus yang mewajibkan pelanggan menyerahkan salinan kad...

Respon Segera Fakta Kritikan...

KUALA LUMPUR - Jentera UMNO di seluruh negara perlu bertindak segera dan bijak...

Anak Terengganu Tak Mempunyai Status Kerakyatan

BESUT – Rakyat Terengganu yang masih tidak mendapat status kerakyatan negeri kerana dilahirkan di hospital di Kota Bahru, Kelantan boleh membuat permohonan bagi memperolehnya.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata masalah tersebut biasanya dihadapi oleh ibu bapa yang menetap di Besut dan Setiu kerana anak mereka dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian atau Hopital Raja Perempuan Zainab II.

“Kerajaan negeri memandang serius kerisauan anggota keluarga yang melahirkan anak di Kelantan kerana anak mereka mendapat status kerakyatan negeri tempat kelahiran, hingga terlepas banyak kemudahan serta kebajikan yang disediakan kerajaan Terengganu.

“Bagi ibu yang tinggal di Besut dan Setiu, jika menghadapi masalah untuk bersalin akan dihantar menjalani pembedahan sama ada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian atau Hopital Raja Perempuan Zainab 11. Ia menyebabkan anak yang dilahirkan mendapat status rakyat Kelantan.

“Namun masalah ini akan selesai ekoran Dewan Bedah Hospital Besut mula beroperasi sejak sebulan lalu. Semua kes bersalin biasa kecuali yang mempunyai masalah kronik telah dijalankan di Hospital Besut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan peruntukan Tabung Terengganu Darul Iman (TTDI) kepada 22 pesakit kronik DUN Jertih hari ini.

Muhammad Pehimi berkata antara syarat yang dikenakan ialah seorang daripada ibu atau bapa mereka mestilah rakyat Terengganu.


Pemohon yang telah mendapatkan borang daripada Pejabat Daerah perlu disahkan taraf mereka oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) tempat mereka tinggal sebelum dikembalikan kepada Pejabat Daerah masing-masing.

Muhammad Pehimi yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani berkata status kelayakan akan dibuat dua kali setahun oleh penilai khas kerajaan negeri. – BERNAMA

Kategori