Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kilang Membuat Cat Di...

JOHOR BAHRU - Sebuah kilang membuat cat di Jalan Sri Plentong 6, Taman...

Kantoi Ugut Rakyat… U-Turn...

SEMALAM, seluruh rakyat Malaysia terpana apabila media tempatan lapor Setiausaha Agung DAP, Lim...

Tun Dr Mahathir Lawat...

BANGKOK ā€“ Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad akan melawat Thailand pada...

VIDEO: Iklan Merdeka Petronas...

SABAN tahun, Petronas tidak pernah ketinggalan untuk menyiarkan iklan khas sempena sambutan kemerdekaan...

Ancaman Alam Siber: TUDM Kerjasama Negara Luar

ALOR SETAR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terus bekerjasama dengan negara luar bagi berkongsi idea dan kepakaran dalam mengekang ancaman teknologi peperangan alam siber yang kian berkembang.

Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata pendekatan ini sejajar dengan keperluan semasa akibat perubahan teknologi ketenteraan masa kini dan jika tidak diambil perhatian boleh memberi kesan tidak baik terhadap keselamatan negara.

ā€œKini kita memasuki evolusi dunia ketenteraan, yang mana dari sudut peperangan udara ia semakin canggih. Jadi adalah penting untuk kita menitikberatkan dari aspek ilmu pengetahuan dan psikologi ruang siber bagi memberi lonjakan pada keupayaan pertahanan kita.

ā€œIni penting kerana dunia sekarang bukan sahaja menerusi mata kasar tapi ruang siber juga dirasakan akan memberi pengaruh besar kepada negara ini dan perlu diberi perhatian,ā€ katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan di Kolej Tentera Udara di Kepala Batas, di sini, hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 36 pelatih yang terdiri daripada 20 pelatih Kursus Asas Penerbangan Siri 79/16 dan selebihnya adalah pelatih Kursus Asas Penerbangan Helikopter siri 58/16, menerima sayap penerbangan masing-masing.

Affendi berkata latihan serta kursus mengenai peperangan alam siber ini juga tidak lagi asing bagi negara maju dan Malaysia tidak boleh ketinggalan serta perlu mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa.


ā€œTUDM telah mengambil langkah tepat dengan bekerjasama dengan syarikat berasaskan teknologi siber untuk bertukar kepakaran dan ilmu berkaitan, malah kita juga telah menghantar pelatih kita ke Indonesia, selain berkongsi kepakaran dengan tentera Australia dan Pakistan serta membuka ruang untuk negara lain menyalurkan maklumat dalam hal ini,ā€ katanya.

Pada majlis itu, Leftenan Mohamad Farhan Ismail, 26, menerima anugerah Piala Panglima Tentera Udara (terbaik keseluruhan sayap kaku) disusuli Leftenan Mohamad Daniel Mohamad Noor, 26, dengan anugerah Piala Nuri (terbaik keseluruhan helikopter) dan Leftenan Mohamad Horas Matupang Kardi, 25 menerima Piala Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (terbaik akademik). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • TUDM

Kategori