Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

ALF2 Catat Kutipan RM13...

JIKA ada sutradara dakwa konon filem mereka gagal ketika ini kerana faktor ekonomi...

MPP PKR Kekal Pendirian...

SHAH ALAM - Majlis Pemimpin Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini...

Gunung Baling Dicemari Sampah...

BALING - Keindahan Gunung Baling kini semakin hilang seri akibat pencemaran daripada tindakan...

Wanita Kurang Siuman Bakar...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang wanita dipercayai kurang siuman yang membakar sampah di...

Anggota BIGBANG, Taeyang Bakal Kahwin 3 Februari

SEOUL – Anggota kumpulan popular BIGBANG, Taeyang dan tunangnya Min Hyo-rin, bakal melangsungkan perkahwinan di sebuah gereja di Seoul pada 3 Februari, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Menurut YG Entertainment, pasangan penyanyi dan pelakon itu, kemudian dijangka mengadakan satu majlis resepsi di Hotel Paradise City, Incheon.

“Kami berharap orang ramai mendoakan yang terbaik kepada pasangan itu untuk menjalani kehidupan baharu,” kata agensi berkenaan dalam satu kenyataan.

Taeyang dan Min mula menjalinkan hubungan sejak 2014 dan mengumumkan secara terbuka pada Jun 2015.

Pada Ogos lepas, Taeyang menafikan khabar angin kononnya beliau berpisah dengan Min, sebaliknya menyifatkan wanita yang bakal menjadi suri hatinya itu umpama “dewi seni yang memberi inspirasi kepadanya”.


Penyanyi berusia 29 tahun itu berjaya menempa nama dalam industri hiburan Korea Selatan menerusi lagu-lagu popular seperti “Eyes, Nose, Lips” dan “Look at Me Only”.

Sementara aktres Min, 31, mula melakar nama menerusi penampilan sulungnya sebagai model pada 2006 dan pernah membintangi beberapa filem antaranya “Sunny” pada 2011 dan “The Grand Heist” pada 2012. – BERNAMA

Kategori