Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Henti Salahkan Ibu Bapa...

JOHOR BAHRU - Masyarakat khususnya pengguna laman sosial diminta menghentikan perbuatan menyalahkan ibu...

Perpaduan Nasional Hanya Bermakna...

KOTA KINABALU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata...

Saiful Terima Baik Keputusan...

PUTRAJAYA - Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan menerima...

Bapa Bunuh Diri Selepas...

ROMANIA – Seorang bapa yang tidak tergamak melihat anak perempuannya yang berusia 18...

APMM Ambil Langkah Pelihara Intergriti Kakitangan

KOTA KINABALU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengambil langkah untuk memelihara integriti pegawai dan anggotanya termasuk mendekati kakitangan bagi memastikan mereka tidak terjebak dengan jenayah rasuah.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Zukifli Abu Bakar berkata APMM tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah dan sentiasa berusaha menjadikan APMM sebuah agensi yang bersih dan berintegriti.

“Kita ada pegawai menyelia mereka yang berpotensi untuk melakukan jenayah rasuah seperti mereka yang didapati mempunyai banyak hutang dan menjalani kehidupan mewah juga akan dipantau.

“Selain itu, kita juga akan giat mengadakan ceramah agama dan ceramah berbentuk pencegahan bagi mengingatkan kakitangan supaya menjaga integriti mereka dan agensi,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerjanya ke Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan APMM susulan penahanan lima pegawainya yang merupakan antara 22 ditahan November lepas bagi membantu siasatan sindiket pencerobohan nelayan asing Vietnam di perairan negara.

Zulkifli berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes berkaitan rasuah membabitkan agensi itu.

Mengenai masa depan pengoperasian APMM di Sabah, beliau berkata negeri ini dijangka menerima dua Kapal Ronda Generasi Baharu (NGPC) tahun ini yang masing-masing bernilai RM60 juta.


Menurutnya, NGPC yang dinamakan KM Kota Belud akan ditempatkan di Sandakan dan yang kedua, KM Kota Kinabalu akan ditempatkan di Kota Kinabalu.

Di samping itu, beliau berkata sebanyak tiga Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) akan diperoleh menjelang 2020, yang mana satu daripadanya akan ditempatkan di Sabah, dan usaha juga sedang dijalankan untuk menggantikan 30 bot kilat yang telah beroperasi lebih 13 tahun di negeri ini.

Zulkifli turut memuji peranan APMM menerusi operasi bersama agensi keselamatan lain dalam mengawal pesisir pantai di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone), terutamanya dalam mematahkan cubaan untuk menceroboh perairan negeri. – BERNAMA

Kategori