Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JDT Janji Beri Aksi...

JOHOR BAHRU - Kekecewaan layak ke Liga Juara-Juara Asia (ACL) mahu diketepikan kelab...

Palestin: Negara Islam Perlu...

KUALA LUMPUR - Negara Islam perlu menggunakan kekuatan yang dimiliki selain menyedari kelemahan...

Skuad Projek Sukan Sea...

KUALA LUMPUR - Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) kini dijadualkan bertemu Skuad...

Respon Abam Bocey Bila...

SUDAH menjadi lumrah atau ikutan orang kita, bagi yang sudah mendirikan rumah tangga...

APMM Labuan Rampas Bot Pukat Tunda, Tahan 6 Awak-Awak

LABUAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini merampas sebuah bot pukat tunda dan menahan enam awak-awak warga Indonesia kerana menangkap ikan secara haram.

Ketua Penguatkuasaan APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata bot itu didapati menangkap ikan di kawasan terlarang iaitu kurang daripada enam batu nautika dari timur laut pantai Tanjung Nosong, Kuala Penyu pada 5.55 pagi ini.

Katanya, ketika membuat rondaan di perairan Labuan, pasukan operasi APMM mengesan sebuah bot mencurigakan di kawasan itu yang membawa awak-awak berusia antara 20 dan 45 tahun.

“Mereka pintas bot berkenaan dan mendapatinya berisi 500kg ikan pelbagai jenis,” kata beliau.

Menurut beliau, bot itu berada di lokasi tiga batu nautika dari pantai, yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan di kawasan kurang enam batu nautika dari pantai.


“Kami memandang serius kesalahan ini kerana melakukan aktiviti menangkap ikan berhampiran pantai boleh merosakkan terumbu karang yang menjadi habitat ikan dan hidupan marin lain serta menjejaskan pendapatan nelayan pantai,” katanya.

Bot berkenaan diiring ke jeti APMM untuk diserahkan kepada unit penyiasatan untuk tindakan lanjut.

Kesemua hasil tangkapan yang dirampas itu akan dilelong, manakala awak-awak, termasuk tekongnya, kini ditahan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Kategori