KUALA TERENGGANU – Atap 41 buah rumah membabitkan 165 penghuni di Taman Fikri, Chukai diterbangkan dalam kejadian ribut hari ini.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Said Ibrahim berkata angin kencang yang berlaku kira-kira 11 pagi tadi tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada penduduk di taman berkenaan.
“Rumah mereka tidaklah rosak teruk tapi atap rumah mereka diterbangkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran cuaca (waspada) iaitu hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di negeri Terengganu iaitu daerah Dungun dan Kemaman, Pahang di Kuantan dan Johor di Kota Tinggi sehingga esok. – BERNAMA