Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

11,889 Kes COVID-19 Baharu...

PUTRAJAYA - Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 11,889 kes positif baharu COVID-19, kata...

Pandang Serius Masalah Kemudahan...

SEMPORNA - Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong memandang serius permasalahan kemudahan...

Poster Palsu: Ketua UMNO...

BUKIT MERTAJAM - Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said...

Mafia Upah 5,000 Euro...

GENTAR... Sebuah kumpulan mafia di Itali baru-baru ini menawarkan upah wang tunai terhadap...

Audit Projek KLVC Dijangka Selesai Lebih Awal

KUALA LUMPUR – Proses audit yang bermula hari ini ke atas projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) oleh Synergy Promenade Sdn. Bhd. di atas tanak milik Felda di Jalan Semarak (Jalan Sultan Yahya Petra) di sini, dijangka dapat diselesaikan lebih awal daripada tempoh 30 hari yang diperuntukkan.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata ini kerana segala dokumen yang diperlukan sudah diserahkan kepada firma audit luar berkenaan yang dilantik Jabatan Perdana Menteri.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) beri tempoh 30 hari, proses boleh jadi cepat sikit kerana semua dokumen sudah ada.

“Untuk hari pertama, mereka (firma yang dilantik) akan lihat dahulu dokumen yang diberi dan jika perlu mereka akan datang ke sini (ibu pejabat Felda) untuk cari dokumen lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Felda, di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan hari pertama firma audit luar itu yang diberi tanggungjawab melaksanakan audit forensik terhadap semua akltiviti, tindakan dan keputusan berkaitan pelaksanaan projek itu khususnya menyentuh isu utama iaitu berkaitan pemindahan hak milik tanah Felda kepada syarikat pemaju projek itu.


Pada Khamis lalu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa sebuah syarikat audit luar telah dilantik bagi melaksanakan audit forensik itu berikutan dakwaan bahawa Felda berisiko kehilangan hak terhadap tanah miliknya bernilai RM200 juta berpunca daripada transaksi diragui sejak 2015 bagi melaksanakan projek KLVC.

Siasatan firma audit itu membabitkan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyaksikan laporan penuh akan diserahkan kepada JPM. – BERNAMA

Kategori