Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Harga Simen Kekal –...

PUTRAJAYA - Harga simen kekal selepas penggiat industri bersetuju tidak menaikkan harga hasil...

“Menteri Kewangan Lebih Berkuasa...

BALING - Ketua Pemuda UMNO menyifatkan tindakan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng melebihi...

Bakal MB S’gor Baharu...

PETALING JAYA - Menteri Besar Selangor yang baharu akan menerima surat watikah atau...

Mohammad Mantek Anak Sabah...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk...

Azmin Didakwa Salah Guna ‘Selangorkini’ Tujuan Politik

TANJONG KARANG – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diminta memantau dan mengambil tindakan tegas, seperti menghentikan pengedaran akhbar rasmi kerajaan negeri ‘Selangorkini’, di masjid-masjid Selangor yang dilihat lebih banyak melaporkan berita politik khususnya membabitkan aktiviti Pakatan Harapan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata akhbar percuma kerajaan negeri itu yang diterbitkan menggunakan duit rakyat sepatutnya melaporkan lebih banyak berita mengenai pembangunan di Selangor.

“Kalau berterusan diedarkan di masjid seolah-olah JAIS abai titah Sultan Selangor sebab ini jelas menunjukkan akhbar itu telah menjadi akhbar politik.

“Ketika zaman Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jadi Menteri Besar Selangor, saya lihat Selangorkini tidak cerita politik sangat tetapi lebih kepada program menteri besar dan kerajaan negeri. Akhbar ini perlu kembali semula kepada tujuan asal ia diterbitkan,” katanya dalam sidang media bersempena program turun padang ke Kampung Sri Tiram Jaya di sini hari ini.

Beliau mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyalahgunakan ‘Selangorkini’ untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Apa yang ‘dihidangkan’ sekarang (oleh Selangorkini) adalah mengenai program yang tiada kaitan dengan pembangunan di Selangor seperti program politik Mohamed Azmin di negeri lain, berkaitan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan calon Perdana Menteri.


“Kita tidak halang penerbitan akhbar ini kerana kita amalkan kebebasan akhbar tetapi kena ingat jangan guna duit rakyat untuk kempen politik,” katanya.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata tindakan Mohamed Azmin itu juga secara tidak langsung mengingkari titah Sultan Selangor yang melarang masjid dijadikan tempat untuk berpolitik.

Terdahulu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM775,000 untuk pembangunan di kampung itu seperti membaiki rumah dan menaik taraf bumbung gelanggang futsal. – BERNAMA

Kategori