Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Zeise Sasar Tiga Mata...

YANGON - Tuan rumah bersama, Myanmar, hanya menyasarkan kemenangan apabila menentang Kemboja dalam...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP...

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang...

Gereja Kontroversi Salib, Tiada...

PARA pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah mengklasifikasikan gereja di Taman Medan sebagai...

Banjir Di Baling Semakin...

BALING - Keadaan banjir di daerah ini semakin pulih dengan jumlah mangsa yang...

Azwan Ali Cabar Azmin Jelas Isu Skandal Seks

SELEBRITI penuh kontroversi, Azwan Ali hari ini tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi terhadap kes melibatkan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sebelum ini, kecoh di kebanyakan portal hiburan dan blog-blog tempatan mengenai tersebarnya gambar serta video skandal seks antara Menteri Besar Selangor dengan seorang wartawan.

“Laporan polis ini juga meminta supaya siasatan terperinci ke atas penulis blog Malay-glamour.com sama ada penulisan blog beliau menjurus kepada menfitnah dan saya datang ke balai untuk membuat laporan.

“Malah kes ini juga perlu dibersihkan kerana melibatkan nama Azmin Ali serta isterinya sendiri, Shamsidar Taharin.

“Saya cabar secara peribadi kepada Azmin Ali. Apa masalah kau? Dah dua minggu orang baling taik dekat muka kau dan muka bini kau, kau tak ada anak ke? Kau tak ada keluarga ke untuk pertahankan maruah kau? Kenapa kau senyap?” katanya ketika ditemui di hadapan IPD Dang Wangi petang tadi.

Dalam masa yang sama, Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA turut mencabar wanita berkenaan untuk tampil berjumpa dengannya secara berhadapan berkaitan penulisan serta bukti yang disertakan di dalam blog tersebut.

Tujuan laporan itu dibuat juga bukan disebabkan atas dasar rasa sayang adik kepada seorang abang, tetapi ia lebih kepada prinsip berani kerana benar malah ianya melibatkan seorang individu yang berpengaruh seperti Azmin.

Azwan turut berang dengan tindakan kakak iparnya, Shamsidar yang hanya berani mendiamkan diri selepas nama mereka suami isteri sedang dijaja oleh orang ramai kerana kontroversi hangat berkenaan.


Selain itu, Azwan turut meminta agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) segera menggantung posisi Azmin sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah jabatan berkenaan sehingga isu itu selesai.

“Bersihkan kes ini dahulu sehingga terbukti Azmin Ali dan Shamsidar difitnah atau sebaliknya dan baru masukkan dia balik dalam JAIS,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, Azwan tidak menyentuh banyak mengenai laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilakukannya pada 20 Disember lalu.

Tahun lalu, pengacara tersebut telah hadir ke pejabat SPRM bagi menyerahkan bukti serta beberapa dokumen yang berkaitan dakwaan kegiatan salah guna kuasa serta rasuah kerajaan Selangor.

“Isu SPRM, pihak SPRM sendiri tidak perlekehkan laporan saya. Malah mereka turut memberi kerjasama,” ujarnya dengan nada gembira.

Namun, hos rancangan Chit-Chat Azwan berkenaan tidak mendedahkan dengan lanjut mengenai perkembangan laporan itu kerana tidak mahu ganggu siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori