Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pelarian Syria Yang Ditendang...

PELARIAN Syria yang ditendang oleh jurukamera yang berasal dari Hungary mengatakan dia tidak...

PRK Kimanis Bermula Dengan...

BEAUFORT - Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis bermula hari ini dengan proses penamaan...

Cadangan Wujudkan Jabatan Media...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia(KKMM) akan mempertimbang cadangan mewujudkan Jabatan Media...

Mayat Remaja Dipercayai Terjun...

TANAH MERAH - Mayat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun yang dipercayai terjun...

Baby Girl… Eira Syazira, Azad Jazmin Timang Anak Ketiga!

TAHNIAH… Kami di Mynewshub ucapkan buat pasangan selebriti, Eira Syazira dan Azad Jazmin di atas kehadiran insan baru dalam keluarga mereka!

Perkhabaran gembira tersebut telah dikongsi oleh pelakon berkenaan menerusi satu video yang dimuat di laman Instagram namun tidak pula menyatakan berat dan masa kelahiran puteri kecil itu.

Menurut Azad, Eira telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur, semalam.

Alhamdulillah its Baby girl Tq Allah SWT

A post shared by Azad Jazmin® (GalaHad) (@azadsyazirarose) on

“Hai… Assalamualaikum. Alhamdulillah. Isteri saya telah melahirkan anak perempuan yang ketiga! Azad ada tiga anak perempuan!

“Anak perempuan… Alhamdulillah. Terima kasih syukur kepada Allah SWT. Bermakna saya masih lagi ada harapan ada anak lelaki.

“Apa-apa, terima kasih pada peminat yang mendoakan,” katanya dengan nada teruja.

Dalam pada itu, Azad turut melahirkan rasa syukur kerana segalanya berjalan lancar dan mengakui amat gembira akan kehadiran puteri comel berkenaan dalam kehidupan mereka.


Sementara itu, rakaman yang menerima lebih daripada 100,000 tontonan itu dilihat menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang rata-rata tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Sekali lagi tahniah diucapkan buat pasangan ini di atas kelahiran ketiga itu. Kami mendoakan semoga puteri kecil itu menjadi anak yang baik dan berbakti kepada ibu bapa kelak. Insha-Allah! – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori