Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Putera Harry, Meghan Tiba...

WELLINGTON – Majlis sambutan bertemakan budaya tempatan menggamit kunjungan Putera Harry dan isteri,...

Pendaftaran GST Meningkat Kepada...

KUALA LUMPUR - Bilangan syarikat mendaftar bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah...

PM Najib Lancar Fasa...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan...

Pendidikan Aliran Agama Diperkasa...

LIPIS - Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu bidang pendidikan...

Baik-Baik Saja, Sufian Nafi Hubungan Dilanda Badai

PELANTUN lagu Terakhir, Sufian Suhaimi menafikan dakwaan kononnya hubungan dengan tunang yang juga aktres, Elfira Loy kini bergolak.

Sufian bagaimanapun mengakui sering berdepan masalah komunikasi dengan wanita berusia 24 tahun berkenaan ekoran masing-masing agak jarang bertemu.

“Hubungan kami baik-baik saja. Cuma saya akui kami memang jarang bertemu disebabkan sibuk dengan komitmen kerja, selain mengikut pesanan orang tua supaya tidak kerap berjumpa.

“Apabila lama tak jumpa, barulah perasaan rindu makin menebal. Walaupun sibuk, masing-masing tetap berhubung menerusi telefon,” katanya dipetik BH Online.

Sufian berkata sedemikian ketika mengulas spekulasi netizen yang mendakwa bahawa pasangan ini mempunyai masalah dalam perhubungan mereka.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perkahwinan dengan Elfira yang sepatutnya berlangsung Mac depan, Sufian memaklumkan bahawa perkara itu masih belum diputuskan.

“Keputusan mengenai majlis perkahwinan bukan terletak di tangan kami berdua, tetapi turut membabitkan keluarga kedua-dua belah pihak.


“Kami tidak boleh mementingkan diri sendiri semata-mata. Apapun, kami akan berkahwin pada tahun ini juga,” ujarnya.

Baca: Elfira Akui Tempuh Banyak Dugaan Bertunang

Sebelum ini, Elfira dalam satu temubual bersama media memberitahu menghadapi pelbagai dugaan sepanjang melalui fasa pertunangan.

Namun katanya, dugaan itu bukanlah datang daripada mereka sendiri sebaliknya orang sekeliling yang begitu gemar membuat spekulasi tidak berasas. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori