Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lagi 4 Kluster COVID-19...

PUTRAJAYA - Empat kluster baharu dikesan, masing-masing satu kluster di Sabah, Negeri Sembilan,...

Calon PH Nafi Bahan...

SEMENYIH - Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

Boateng Kekal Jurulatih Kelantan...

KOTA BAHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih mengekalkan George Boateng sebagai...

KKLW Peruntuk RM171.4 Juta...

MARANG - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk sebanyak RM171.4 juta...

Balai Bomba Bandar Tenggara Operasi Tidak Lama Lagi

KOTA TINGGI – Perkhidmatan Jabatan Bomba dan Penyelamat di negeri ini akan diperluas menerusi pembinaan sebuah balai baharu di Bandar Tenggara, di sini, yang dijadual beroperasi dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata balai kategori C itu membabitkan kos pembinaan kira-kira RM7 juta dengan kekuatan 33 anggota dan dua jentera.

Beliau berkata balai berkenaan dapat mengatasi keperluan mendesak di kawasan tersebut selain menjimatkan masa anggota bomba tiba di lokasi kebakaran.

“Yang penting dalam perkhidmatan bomba ini ialah masa respons yang mana kalau boleh dapat sampai ke kawasan kecemasan itu dalam tempoh 10 minit.

“Sebab itu, balai bomba di sini diperlukan kerana balai bomba berdekatan memerlukan masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke sini, bermakna ia tidak menepati kehendak masa respons kita,” katanya kepada pemberita selepas melawat balai bomba berkenaan semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Anggota Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique.


Sementara itu, Halimah berkata balai bomba baharu amat diperlukan di kawasan Bandar Tenggara kerana dapat menampung permintaan yang bukan sahaja untuk urusan kebakaran malah bencana dan penyelamatan nyawa, harta dan sebagainya.

“Ia diwujudkan bukan memberi tumpuan khusus kepada Bandar Tenggara sahaja tetapi untuk menampung keperluan sekitar berikutan jarak perjalanan dari Balai Bomba Kota Tinggi ke kawasan persekitaran Bandar Tenggara memakan masa sehingga 45 minit.

“Balai ini juga mampu memberikan perkhidmatan kepada tiga daerah iaitu Kota Tinggi, Kulai dan Kluang,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

Kategori