Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kos Operasi Tinggi, Tambang...

PETALING JAYA - Pengendali bas tidak akan mengurangkan harga tambang di sebalik penurunan...

Khalid Ibrahim Ragu-Ragu Dengan...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan keraguannya...

Zahirah MacWilson Akui Sedih...

Zahirah MacWilson yang mengakui dirinya selesa bersama pelakon lelaki, Zul Ariffin sekali lagi...

Almy Diganggu Makhluk Halus...

DALAM sarat hamil anak sulung, Almy Nadia tidak terkecuali menjadi mangsa kacauan makhluk...

Banjir Kilat Melanda Timur Singapura Awal Pagi

SINGAPURA – Hujan berterusan selama tiga jam sejak awal pagi telah menyebabkan banjir kilat di kebanyakan tempat di timur Singapura.

Kawasan yang terjejas banjir kilat itu ialah di sebahagian Tampines Road, susur jalan Bedok Road/New Upper Changi Road, Jalan Nipah, simpang Sim Avenue/Tanjong Katong Road, simpang Sim Avenue/Eunos Road 8, Arumugam Road, simpang Bedok Road/Upper Changi Road East, simpang Upper Changi Road/ Bedok North Ave 4 dan simpang Tampines Ave 12.

Bagaimanapun banjir mula surut sebaik sahaja hujan berhenti dan trafik boleh dilalui.

Pada 2 Jan, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA) memaklumkan cuaca di Singapura dijangka hujan pada dua minggu pertama 2018.

Keadaan musim Monsun Timur Laut diramalkan akan berterusan selama dua minggu pada 2018, menurut laman webnya.


NEA berkata dalam dua minggu itu, angin bertiup perlahan dijangka melanda Singapura dan kawasan sekitar, terutamanya dari timur laut atau barat laut.

Keadaan hujan pada dua minggu pertama Januari 2018 dijangka melebihi paras biasa, katanya. – BERNAMA

Kategori