Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

‘Orang AS Sendiri Pun...

AKHBAR Wall Street Journal (WSJ) telah berusaha untuk guling kerajaan pimpinan UMNO sejak...

Polis Beri Amaran Elak...

KANGAR - Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang didapati sengaja...

Sukan Asia: Chong Wei...

INCHEON - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke separuh akhir...

Jika Rasa Kerja Anda...

Bagi anda yang selalu sahaja merungut dan merasakan beban kerja anda adalah yang...

Bayi 11 Bulan Maut Diracun Bapa Guna Botol Susu

JAKARTA – Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa Indonesia semalam kerana disyaki meracun anaknya sendiri yang baru berusia 11 bulan dalam satu kejadian di daerah Kupang, dekat sini.

Suspek meracun bayinya dengan menggunakan racun serangga yang dimasukkan ke dalam botol susu sebelum diberikan kepada mangsa.

Ketua Polis Kupang, Simson L Amalo dalam sidang akhbar hari ini berkata, motif pembunuhan berpunca daripada suspek berang terhadap mentuanya kerana tidak memberikan hak penjagaan bayi itu kepada dirinya dan isterinya.

Anak kecil itu menurut siasatan polis negara berkenaan adalah anak luar nikah yang dilahirkan pada awal tahun 2017.

Disebabkan pasangan muda berkenaan tidak mengingin bayi terbabit ketika itu, maka ibu bapa kekasih suspek mengambil keputusan untuk menjaganya.

Selepas kejadian, nenek mangsa menceritakan bahawa dia terdengar tangisan cucunya dari dalam bilik dan kemudian bertindak mendukung bagi mententeramkanya.

Namun, bayi malang itu terus menangis dan wanita tua berkenaan terhidu bau seperti racun dari mulutnya.


Hal itu dimaklumkan kepada tetangganya yang kemudian menemui punca bau racun berkenaan dari botol susu milik bayi malang itu.

Situasi menjadi lebih teruk apabila mangsa tidak sedarkan diri dan mulutnya mula mengeluarkan buih.

Menurut pihak berkuasa, mangsa telah dibawa ke hospital namun meninggal dunia dalam perjalanan. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

Kategori