Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

8 Penuntut UM Ditawar...

Nasib lapan orang pelajar Universiti Malaya (UM) termasuk penganjurnya, Fahmi Zainol bakal terjawab...

AirAsia: Polisi Bagasi 7kg,...

SEJAK minggu lalu kecoh di media sosial mengenai polisi bagasi penumpang tidak boleh...

Kena ‘Tackle’ Anak Dulu...

SEJAK sah bercerai pada April lalu, pengasas kosmetik Vida Beauty iaitu Dato' Seri...

Kad Pengenalan Biru Kepada...

KAMPAR - Pemberian taraf kewarganegaraan atau kad pengenalan biru kepada pemegang kad pengenalan...

Bekalan Limau Mandarin Johor Mencukupi

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor memberi jaminan bekalan limau mandarin di negeri itu mencukupi walaupun permintaan terhadap buah itu melonjak tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri Datuk Tee Siew Kiong berkata bagi memastikan keperluan terhadap buah itu dapat ditampung, pemborong limau mandarin terbesar di Johor telah menambah bekalannya.

“Bagi tahun ini pemborong limau mandarin terbesar di Johor iaitu MTS Import dan Eksport Sdn Bhd telah mengimport sebanyak 35 kontena mengandungi 6,000 kotak limau mandarin berbanding 30 kontena tahun lepas khususnya bagi pasaran di Johor Bahru.

“Harga juga dikekalkan seperti tahun lalu bagi buah bersaiz kecil manakala harga bagi buah limau mandarin bersaiz besar meningkat sebanyak 10 peratus kerana memerlukan penjagaan yang lebih dan air yang banyak bagi buah limau bersaiz besar,“ kata beliau kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan bekalan limau bersempena Tahun Baharu Cina di gudang syarikat berkenaan, di sini hari ini.


Katanya orang ramai boleh mula mendapatkan bekalan buah itu pada penghujung bulan ini.

Harga borong limau mandarin sekotak (4 kilogram) pelbagai saiz dijual pada harga RM10 hingga RM20 manakala di peringkat runcit pula ia dijual antara RM15 dan RM25. – BERNAMA

Kategori