KEMATIAN bekas ratu cantik Guatemala, Rosa Otilia Ramirez telah mengejutkan ramai. Ini kerana mendiang yang juga seorang model, telah ditembak di belakang, pada waktu siang.
Ketika itu Rosa, 32, baru selesai menghantar anaknya ke sekolah sambil berjalan kaki. CCTV di kawasan itu sempat merakamkan detik-detik akhir wanita tersebut sebelum ditembak di kepala dari belakang.
Penjenayah itu yang memakai topeng telah mengekorinya dari belakang tetapi tidak disedari oleh Rosa.
Sebelum sempat Rosa mengangkat kepala untuk melihat orang di belakangnya, penjenayah terbabit telah melepaskan tembakan.
Rosa rebah ke lantai dan mengelupur manakala penjenayah terbabit melarikan diri.
Menurut polis, pembunuh itu mengenali Rosa dan ia lebih kepada `jenayah keghairahan’ namun sehingga kini tiada tangkapan dilakukan.
Guatemala merupakan antara negara yang paling ganas di dunia dengan 4,500 kes bunuh dilaporkan pada 2016 sahaja. – MYNEWSHUB.CC