Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MH17: 20 Jenazah Warga...

PUTRAJAYA - Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang...

Istana Berkecuali Dalam Politik...

KANGAR - Istana merupakan pihak berkecuali dalam kancah politik dan tidak memihak kepada...

Vaksin COVID Tak Bertentangan...

PASIR PUTEH - Dewan Ulama PAS menasihati umat Islam agar menerima vaksin COVID-19...

Wanita Bertelanjang Selamba Menari...

HOUSTON - Suatu pemandangan yang aneh berlaku semasa insiden melibatkan tiga buah trak...

Bekas Pegawai Polis, Isteri Didakwa Tipu Peniaga

CHUKAI – Seorang bekas pegawai polis dan isterinya hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menipu seorang peniaga berjumlah RM140,000 menerusi skim pelaburan tidak wujud dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Salam Zainal Abidin, 31, didakwa melakukan penipuan tersebut terhadap Tan Yunn Siong, 50, pada 11.48 pagi di Bank Islam Malaysia Bhd, cawangan Kemaman 25 Mei 2016.

Isterinya, Nurul Shahila Saayan, 28, turut tidak mengaku bersalah atas pertuduhan bersubahat menipu mangsa, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan Mohd Salam yang ketika itu berpangkat Inspektor bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan isterinya dituduh menipu mangsa menerusi penama Zamri Ismail, dengan memperdayanya untuk melabur dalam skim pelaburan hartanah yang tidak wujud.

Pasangan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dengan sebatan dan denda.

Hakim kemudian menetapkan wang jaminan berjumlah RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap Mohd Salam dan RM5,000 dengan seorang penjamin kepada isterinya manakala pasport kedua-dua tertuduh diserahkan kepada mahkamah.


Mohd Salam bagaimanapun gagal melunaskan wang jaminan dan ditahan di lokap Penjara Marang manakala isterinya membayar jaminan tersebut.

Badrul Munir kemudian menetapkan 29 Jan depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadli Mahmud dan kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Nasir Yusof dan Mohd Fauzi Abd Samad. – BERNAMA

Kategori