Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

KWSP Akui Ada Transaksi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesan transaksi tidak sah permohonan...

Nelayan Asing Kaut Gamat...

KUALA TERENGGANU – Sekumpulan nelayan warga Vietnam didapati mengaut gamat kira-kira 6.5 batu...

Belum Ada Pemimpin UMNO...

PUTRAJAYA — Tiada bekas pemimpin UMNO yang menyertai Pakatan Harapan (PH) setakat ini,...

Khidmat Rela Ditawarkan Bantu...

KUALA LUMPUR - Khidmat 3.6 juta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditawarkan untuk...

Bekas Peguam Didakwa Lagi, Tipu Lebih RM73,000

KUALA LUMPUR – Seorang bekas peguam yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah berhubung urusan jual beli hartanah lebih RM2.6 juta hari ini didakwa lagi di Mahkamah Majistret Ampang atas pertuduhan menipu seorang lelaki lebih RM73,000.

Mohd Haidar@Hasmayudin Mohd Hashim, 46, yang hadir ke mahkamah dengan berkerusi roda, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.

Bapa kepada dua anak itu didakwa memperdayakan Muhamad Asyraff Kamarulzaman, 30, sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang berjumlah RM73,100 yang tertuduh telah diamanahkan sebagai peguam dan mangsa tidak akan melantik tertuduh sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Lelaki itu dituduh melakukan perbuatan tersebut di alamat 11-G1, Jalan Pandan 3/9, Pandan Jaya, di sini antara 8 pagi dan 5 petang, 21 Julai 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Illyana Zainal menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan mengambil kira keadaannya yang sedang sakit dan tidak lagi bekerja.


Mohamad Firdaus membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Feb untuk sebutan semula kes.

Pada 24 Julai tahun lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan pecah amanah berhubung urusan jual beli rumah teres dua tingkat membabitkan jumlah RM402,500.

Pada 1 Jun 2017, Mohd Haidar mengaku tidak bersalah juga di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan melakukan pecah amanah berhubung urusan jual beli hartanah melibatkan jumlah RM2.2 juta. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tipu

Kategori