Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hanya Seorang Murid Tahun...

ALOR GAJAH - Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Jerneh, Brisu, di sini, mencatatkan bilangan...

Pisahkan Pejabat Pendakwa Raya,...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mendesak Pejabat...

SOP Atasi Buli Di...

KUALA NERANG - Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menyelesaikan masalah displin di sekolah...

GRS, Warisan Sokong Kerajaan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Menteri Sabah,...

Beli Tanah RM155 Juta: Naib Presiden Warisan Direman

KOTA KINABALU – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Peter Anthony hari ini direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod bernilai kira-kira RM155 juta.

Perintah reman selama tiga hari mulai hari ini dikeluarkan Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas membenarkan permohonan SPRM Sabah.

Peter yang ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah semalam merupakan antara dua individu dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes urusan pembelian tanah berkenaan.

Seorang lagi peguam Michael Persius Ubu yang diminta tampil memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah masih belum berbuat demikian. – BERNAMA

Kategori