Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Cinta Lokasi Bawa Marian,...

HUBUNGAN yang terjalin ketika menjalani penggambaran filem atau drama bukanlah satu benda baharu...

Warga Indonesia Ditemukan Mati...

KUANTAN - Seorang lelaki warga Indonesia yang hilang sejak tiga hari lepas setelah...

MH17: Pastikan Laluan Penghantaran...

SEPANG - Pihak berkuasa akan memastikan semua jalan serta laluan bagi penghantaran jenazah...

PDRM, JBPM Sain Nota...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Bentuk Hidung Cermin Personaliti Diri, Ya Ke?

PERNAH tak terfikir bagaimana Tuhan sebenarnya menjadikan manusia itu dengan pelbagai rupa dan bentuk yang berbeza supaya kita semua bergaul dan saling mengenali antara satu sama lain?

Sepertimana lokasi tahi lalat dikatakan dipengaruhi sifat semulajadi pemiliknya, bentuk hidung juga sebenarnya mempunyai kaitan dengan perwatakan seseorang dan kepercayaan ini telah diambil sebagai fakta sejak azali lagi.

Hal ini kerana, manusia juga dilahirkan dengan personaliti yang berbeza-beza dan bentuk fizikalnya mampu memberikan gambaran awal tentang dirinya.

Tak percaya? Cuba check senarai jenis hidung di bawah ni, sama tak dengan personaliti korang!

1. Hidung Butang

Aktres Carrey Mulligan

Kecil dan bulat seperti butang, hidung jenis ini dianggap paling cute dan comel sekali! Mereka yang mempunyai hidung butang ini dikatakan mempunyai imaginasi tinggi dan bakat kreatif secara semulajadi. Mereka berhidung comel ini juga bersifat penyayang, sentiasa mengambil berat dan baik hati. Mereka juga sangat optimistik dalam kehidupan.

Namun, adakalnya mereka tidak dapat mengawal emosi dan cenderung untuk berasa tergugat dengan individu yang berpersonaliti ‘besar’ seperti lantang bersuara dan dominan.

2. Hidung Greek

Aktor Jared Leto

Bentuk hidung ini biasa diliahat terdapat pada patung ukiran zaman kegemilangan Greece, iaitu batang hidung yang lurus dengan nostril yang kecil. Orang yang memiliki hidung seperti ini dikatakan seorang yang bijak, berfikiran logik dan boleh diharap. Bagilah apa sahaja kerja, pasti mereka boleh selesaikan dengan efisyen dan mudah.

3. Hidung Lurus

Aktres Emma Stone

Mereka yang berhidung lurus ini selalunya bersifat optimis, ceria dan sangat berani. Oleh itu, mereka biasanya mempunyai kehidupan yang amat menarik dan menerujakan. Mereka juaga sangat setia kepada kawan-kawan dan keluarga dan sanggup melindungi mereka walau apa pun terjadi.

4. Hidung Lebar

Serangan Di Nice Angkara Pengganas - Barack Obama
Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama

Individu berhidung lebar sememangnya dilahirkan sebagai seorang pemimpin dan mempunyai personaliti yang kuat. Namun, kelemahan mereka adalah mereka jarang bersikap tenang dan cenderung untuk marah-marah dan naik angin secara tiba-tiba!


5. Hidung Roman

Bekas Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton

Bentuk hidung dengan tonjolan di bahagian lengkungan dan hujungnya mengarah ke bawah. Orang yang memiliki bentuk hidung ini dikatakan mempunyai daya pemikiran yang luar biasa dan kreatif.

Seorang yang bersemangat bila memberi pendapat, tegas dan mempertahankan prinsipnya. Dan anda rela berjuang bermati-matian demi mencapai sesuatu tujuan.

6. Hidung Pesek

Aktor Leonardo DiCaprio

Hidung bentuk ini tirus namun kembang sedikit di bahagian hujung dan menampakkan nostril. Mereka yang mempunyai hidung jenis ini selalunya mempunyai keyakinan diri yang tinggi lebih-lebih lagi terhadap keupayaan mereka. Mereka juga pandai berlawak jenaka dan sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati rakan-rakan mereka!

7. Hidung Berbonjol

Aktor Owen Wilson

Individu berhidung bentuk ini amat berdikari dan tahu apa yang mereka mahu lakukan dalam kehidupan. Mereka tidak suka menjadi pengikut dan cenderung untuk membuat keputusan sendiri serta belajar daripada kesalahan mereka. Oleh itu, mereka bersifat ‘keras kepala’ dan tidak ambil pusing tentang pendapat orang lain.

8. Hidung ‘Helang’

Aktor Adrien Brody

Bentuk hidung ini mendapat namanya kerana rupanya yang mirip paruh burung helang. Seperti namanya, orang yang mempunyai hidung helang ini bersemangat waja dan mempunyai fokus yang tinggi–apa yang diinginkan pasti akan tercapai. Mereka juga dikatakan mempunyai bakat artistik dan berkreativiti tinggi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori