Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Pesakit Kanser Gembira Dapat...

SIK - Pesakit kanser, Fatimatusyaherah Mohamad Desa, 8, begitu teruja untuk menyambut Aidlfitri...

“Haziq Boleh Dihukum Sebat”...

SEREMBAN – Individu yang mengaku dengan rela hati melakukan dosa termasuk berzina sudah...

Tiada Istilah `Ikan Kecil’,...

KUALA LUMPUR - Tidak wajar membuat perbandingan "ikan kecil dan jerung" untuk menggambarkan...

Foto Pari-Pari Penipuan Terhebat...

FOTO Pari-Pari Cottingley yang diberi jolokan penipuan terhebat pada abad ke-20 akan dilelong...

Berhati-Hati Dengan Individu Kutip Cukai – JKDM

ISKANDAR PUTERI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) hari ini memberi amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan individu yang mengaku sebagai pegawai mereka untuk mengutip cukai.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri T. Subromaniam berkata ini susulan seorang lelaki berumur 42 tahun yang ditahan di Johor Bahru, minggu lalu kerana didapati bertindak sedemikian demi memperdayakan mangsanya untuk membayar cukai barang dan perkhidmatan (CBP).

“Orang ramai boleh meminta ‘pegawai kastam’ berkenaan memperlihatkan kad kuasa mereka, kerana setiap pegawai mempunyai kad kuasa.

“Sekiranya gagal mengeluarkan kad kuasa bermakna mereka menyamar,” katanya yang ditemui selepas Majlis Perasmian Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Bukit Serampang Indah, yang disempurnakan Anggota Parlimen Pulai merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed di sini, hari ini.

Beliau berkata JKDM tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) bagi membuat pembayaran terus kepada pegawai bertugas, sebaliknya hanya boleh dibuat di kaunter pejabat JKDM atau secara dalam talian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Cukai

Kategori