KES penangkapan membabitkan pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil kini semakin panas apabila Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dilaporkan akan meneliti secara terperinci berhubung perkara itu.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil berkata, pihaknya enggan terburu-buru berhubung perkara itu sebaliknya akan membuat siasatan terperinci kerana kes tersebut membabitkan pihak berkuasa dan orang awam.
“Beri kami (SENIMAN) masa untuk membuat siasatan lanjut atas apa yang berlaku. Kami tidak boleh terburu-buru untuk ambil sebarang tindakan.
“Dalam perkara ini, kami perlu mendapat maklumat daripada semua sudut kerana ia membabitkan polis,” katanya dipetik Harian Metro.
Baca: Didakwa Tampar Anggota Polis, Farid Kamil Ditahan
Juga: Ibu Mertua Tak Tahu Farid Ditahan, Diana Mohon Privasi
Jelasnya lagi, SENIMAN akan cuba membantu apa yang patut dan memaklumkan sebarang maklumat terkini berhubung kes itu selepas menerima hasil siasatan terperinci.
“Seniman akan cuba membantu apa yang perlu untuk Farid sebaik saja selepas kami mendapat hasil laporan siasatan dilakukan.
“Apapun, Seniman tetap prihatin dalam apa jua masalah membabitkan artis tempatan meskipun hal yang kecil,” jelasnya.
Lagi: “Farid Berkelakuan Pelik Sejak Dalam Kereta Lagi”
Serta: Peminat, Adik Akui Terkejut Farid Kamil Dicekup Polis
Kaitan: Kes Tampar Polis : Farid Kamil Direman Selama 4 Hari
Ceritanya bermula apabila Farid dilaporkan datang ke Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membuat laporan mengenai satu kes kemalangan jalan raya, pada Khamis.
Namun ketika sedang berurusan, aktor itu secara tiba-tiba didakwa bertindak menampar muka petugas yang menerima aduan. Kejadian itu disaksikan oleh beberapa anggota lain dan orang awam.
Susulan itu, Farid telah direman selama 4 hari yang berkuatkuasa pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM