Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Bekas Speaker DUN Johor...

JOHOR BAHRU – Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd Ali Hassan meninggal...

IG Femes Hijabista Kini...

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini...

Ribut Landa Depan Pejabat...

PENDUDUK yang tinggal di kawasan Lembah Klang hari ini digemparkan dengan cuaca buruk...

Obor KL 2017 Tiba...

KOTA KINABALU - Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) akhirnya selamat...

Berkat Tabah Seorang Isteri, Suami Kini Kian Pulih

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Bait lirik lagu nyanyian allahyarham Tan Sri P.Ramlee yang sentiasa jadi siulan ramai ini jelas mempunyai makna cukup mendalam.

Mungkin ramai netizen pernah sebak mengikuti kisah menyayat hati pasangan suami isteri ini yang sanggup hidup bersama walau dalam keadaan susah sehingga terpaksa menjual kereta sendiri untuk meneruskan hidup.

Terbaharu menurut sumber, difahamkan suami kepada wanita yang dikenali sebagai Siti Rohayu itu dikatakan semakin beransur pulih daripada koma akibat kemalangan jalan raya sekitar tahun lepas.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial itu, jelas menyaksikan suami wanita tersebut sudah mula menunjukkan perkembangan positif apabila mampu memberi reaksi kepada isterinya.

Selain itu, lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Ridhwan tersebut juga jelas menunjukkan kemajuan apabila sudah mula mampu memberi respons ketika disapa oleh isterinya.


Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen yang mana rata-rata memuji ketabahan wanita itu, bahkan ada juga yang mendoakan agar lelaki itu diberi kesembuhan dengan segera.

Kisah keutuhan cinta antara suami dan isteri ini ternyata membuka banyak mata masyarakat. Kami di Mynewshub mendoakan semoga suami wanita ini cepat sembuh dan dapat pulih sepenuhnya. Insya-Allah.  – MYNEWSHUB.CC/AM 

Kategori