Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Peraturan Mengenai Vape Dijangka...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan kini sedang bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan lain untuk...

Pemuda UMNO Gesa Malaysia...

1. BIRO Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menyeru kepada kerajaan Malaysia agar segera menarik...

KFC Malaysia Perkenal Semula...

KUALA LUMPUR - KFC Malaysia kini memperkenalkan semula menu 'KFC Ayam Kicap Meletup'...

Fikry Lawak Solo Trauma...

BAKAT baharu kelahiran program realiti Lawak Solo musim pertama Fikry berkongsi pengalaman diganggu...

“Berpakaian Seksi, Tidak Maksud Sikap Saya Buruk”

MULA dikenali sebagai jurulatih dan penasihat kecergasan, pemilik nama Nana Al-Haleq kini kian mendapat tempat di layar kaca.

Tambahan pula, baru-baru ini wanita ini diberikan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai pengacara bagi mengendali salah sebuah program di siaran ntv7.

Meskipun rutin kesihatannya menjadi inspirasi orang ramai namun Nana mengakui tidak terlepas berdepan pelbagai tohmahan termasuk pertikaian mengenai pegangan agama ekoran wanita ini dilihat sering tampil seksi.

“Sebagai manusia, saya ada juga “search” nama di Google dan tidak sangka, ada yang menanyakan sama ada saya Islam dan sebagainya.

“Sukar juga untuk menerimanya pada peringkat awal, namun memilih untuk tidak mengendahkan perkara yang dirasakan tidak memberikan manfaat kepada saya.

“Misi saya adalah untuk menyebarkan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Tidak semestinya dengan berpakaian seksi, sikap saya juga buruk.

“Siapa tahu saya sudah khatam Al-Quran sebanyak 15 kali?” katanya seperti dipetik dalam laporan Berita Harian.


Ditanya mengenai pembabitan dalam bidang pengacaraan, anak jati kelahiran Kuala Lumpur ini mengakui beliau perlu mengatuh jadual kerja dengan lebih sempurna.

“Saya cuba sebaik mungkin untuk susun jadual, bersama tanggungjawab baharu sebagai pengacara. Tidak salah rasanya saya memberikan peluang kepada diri sendiri untuk mencuba sesuatu berbeza.

“Paling tidak, saya berani keluar daripada zon selesa,” ujarnya.

Sementara itu menyifatkan aktiviti membentuk susuk badan berotot seperti ‘kerja seni’, Nana mengakui seronok untuk berbuat demikian. Ia pada masa sama beliau boleh menyebarkan amalan kehidupan sihat. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori