SYDNEY – Seekor koala telah ditemui mati dalam keadaan diskru pada sebatang tiang di Australia pada Khamis.
Sebaik sahaja insiden itu tular di laman sosial, kumpulan Penyelamat Koala Queensland (KRQ) segera bergegas ke lokasi kejadian itu berlaku untuk menyelamatkan haiwan itu.
Bagaimanapun, mereka dapati koala tersebut sudah pun mati dalam keadaan menyedihkan iaitu diskru pada sebatang tiang.
Presiden KRQm Murray Chambers berkata, pada mulanya dia tidak mempercayai kejadian tersebut benar-benar berlaku.
“Sebelum ini ada banyak kes koala ditembak dan dilanggar dengan kenderaan secara sengaja, namun inilah kali pertama kejadian haiwan ini diskru pada sebuah binaan,” katanya kepada agensi berita tempatan, ABC News.
“Apa sudah jadi dengan masyarakat hari ini?Saya benar-benar terkejut dengan perkara ini,” tambahnya lagi.
Antara haiwan yang menjadi kebanggaan benua itu, beruang koala bagaimanapun semakin diancam populasinya akibat aktiviti pembalakan, wabak penyakit, serangan anjing serta kebakaran hutan. – MYNEWSHUB.CC