Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Classruum Technologies Penggerak Inovasi...

KUALA LUMPUR - Berdasarkan penggunaan komputer secara meluas di sekolah-sekolah dan institusi pengajian...

Jutaan Rakyat Jepun Keluar...

TOKYO - Jutaan rakyat Jepun mengundi berlatarkan ribut kencang hari ini bermula jam...

Perak Lakar Kejuaraan Hatrik...

IPOH - Perak melakar kejuaraan hatrik acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) selepas...

Kadar Kematian Penyu Meningkat...

KUALA TERENGGANU - Bulan Januari hingga April setiap tahun mencatatkan peningkatan kematian penyu...

Betapa Hinanya Mahathir Di Mata DAP

KUALA LUMPUR – “Maka jelaslah betapa sangat hinanya Tun Dr. Mahathir Mohamad di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakan Mahathir sebagai alat.”

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata demikian dengan merujuk kepada satu artikel yang disiarkan dalam media rasmi DAP baru-baru ini.

Menurut beliau, artikel itu membayangkan DAP mesti menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan apa cara sekali pun walaupun terpaksa mengusung mantan diktator tua atau si mahafiraun yang dibenci.

“Bila akhbar rasmi DAP sendiri menyifatkan Mahathir sebagai “mantan diktator tua” dan “si mahafiraun yang kita benci” maka jelaslah betapa sangat hinanya Mahathir di mata DAP dan betapa DAP sebenarnya hanya mahu mempergunakannya.

“Dengan penghinaan sebegini teruk ditunjukkan DAP terhadap Mahathir, tidak sukar untuk diagak ke mana Mahathir akan dilemparkan nanti setelah DAP mencapai hajat yang ia mahukan dari beliau,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Mahathir keluar daripada UMNO pada Februari 2016 selepas pelbagai usaha yang dilakukannya untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada kerusi Presiden UMNO menemui jalan buntu.

Beliau dipercayai bertindak demikian gara-gara tidak berpuas hati apabila beberapa kepentingan peribadi dan kroninya tidak dipenuhi oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN).


Kemuncak kemarahan Mahathir terhadap UMNO apabila Datuk Seri Mukhriz tersingkir daripada jawatan Menteri Besar Kedah berikutan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk PAS hilang kepercayaan terhadap anak lelakinya itu.

Mahathir seterusnya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin bersama anaknya serta orang kanan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum dipancing oleh DAP untuk menyertai Pakatan Harapan.

Sejak itu Mahathir, Mukhriz, Muhyiddin dan parti baru mereka dipergunakan oleh DAP dan parti Pakatan Harapan yang lain untuk menghasut orang Melayu khusunya dikampung-kampung supaya menyokong pembangkang. – MYNEWSHUB.CC

Kategori