Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Ali.. Jangan Sesekali Pulang...

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di laman twitternya hari ini meminta supaya...

PM Tegaskan Hukuman Mati...

PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menegaskan hukuman mati tetap...

Kit Siang Pengecut, Tak...

KANGAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Penasihat DAP,...

El Nino Jejas Pengeluaran...

TANAH MERAH - Fenomena El Nino yang melanda Kelantan sejak Januari lepas menjejaskan...

Bitcoin Dilarang, Kata Mufti Besar Mesir

PENGGUNAAN bitcoin dilarang dalam Islam, kata Mufti Besar Mesir yang turut memberi amaran mata wang maya itu boleh digunakan untuk kegiatan jenayah.

Shawqi Allam dalam keputusannya berkata, bitcoin menimbulkan “risiko tinggi kepada individu dan negara.”

Ia boleh menyediakan “sumber kewangan yang stabil dan selamat untuk pengganas dan kumpulan jenayah,” katanya.

Pengeluaran mata wang adalah “hak mutlak” institusi kewangan dan “satu daripada fungsi paling khusus negara,” katanya.

Bitcoin adalah mata wang maya yang dihasilkan daripada kod komputer. Ia dan mata wang maya lain menggunakan ‘blockchain’ yang mencatatkan transaksi.


Mata wang siber ini boleh dikemas kini dalam masa nyata pada lejar atas talian yang dikendalikan oleh rangkaian komputer.

Nilainya melonjak setinggi AS$19,500 (RM77834.25), Disember lalu daripada kira-kira AS$1,000 (RM3991.50) pada Januari 2017.

Namun, nilainya menurun sejak beberapa siri amaran daripada kerajaan dan penganalisis berhubung risiko dan ketidaktentuan kriptografi. – AFP/myMetro Online

Kategori