Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zairil NAFI Dirinya Individu...

Awal pagi tadi, laman sosial dan aplikasi Whatsapp menjadi panas tiba-tiba apabila banyak...

KWSP: 94.4% Responden Mahu...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan hasil kaji...

Ayam Telanjang, Berbulu Unik...

BAGI kebanyakan orang, ayam mungkin hanya merupakan haiwan sumber protein. Namun bagi sesetengah...

“Saya Tidak Berhibur Di...

SANDAKAN - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menafikan pernah berhibur...

‘Blogger’ China Guna Lesen Memandu Bangladesh?

MELAKA – Lelaki warga China mengaku ‘blogger’ yang membuat ulasan mengenai hidangan istimewa negara sekitar Asia Tenggara ditahan kerana menggunakan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) meragukan.

Blogger berusia 24 tahun itu ditahan pihak berkuasa dalam operasi bersepadu ketika memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dari arah Taman Melaka Raya menuju ke Limbongan, pada 10 malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Muhammad Firdaus Shariff berkata, hasil semakan dokumen perjalanan mendapati lelaki itu masuk ke negara ini menggunakan visa pelancong awal bulan ini.

“Namun semakan terhadap IDP diberikan meragukan, dokumen itu dipercayai dikeluarkan di Bangladesh. Berikutan itu kami akan semak dahulu IDP berkenaan untuk sahkan ia dikeluarkan pihak berkuasa yang sah atau sebaliknya.

“Toyota Vellfire berkenaan adalah milik rakan blogger berkenaan yang juga warga tempatan. Kami sudah hubungi pemilik MPV terbabit untuk menuntut semula kenderaannya,” katanya.


Muhammad Firdaus berkata, pihaknya mengenakan kompaun kepada blogger berkenaan kerana memandu tanpa lesen sah, manakala pemilik MPV terbabit turut dikenakan tindakan sama kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu kenderaannya.

Beliau berkata, sepanjang operasi itu pihaknya melakukan pemeriksaan terhadap 825 kenderaan dan mengeluarkan 82 saman atas 95 pelbagai jenis kesalahan lalu lintas dikesan. – myMetro Online

Kategori