Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pegawai Polis Antara Yang...

SEREMBAN - Seorang pegawai polis bersama dua abangnya cedera dalam pergelutan dengan pekerja...

Patung Harimau ‘Senyum’ Dikritik...

BANDUNG - Binaan patung harimau di sebuah kem komando di Cisewu di sini...

Kekanda Sulung Raja Perlis...

KANGAR - Tengku Puteri Utama Datuk Seri DiRaja Sharifah Salwa Tuanku Syed Putra...

SPRM Tahan Enam Lelaki...

Shah Alam : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu selepas disyaki...

BN Perak Tak Bayar Pusat Kajian Beri Analisis Positif

LUMUT – Barisan Nasional (BN) Perak tidak pernah membayar mana-mana pihak atau pusat kajian bebas bagi menghasilkan analisis positif mengenai kedudukan parti itu di negeri berkenaan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Pengerusinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata sebaliknya beliau lebih berminat terhadap analisis bersifat realistik selain parti juga tidak bergantung pada dapatan kajian semata-mata yang boleh membawa pelbagai impak.

“Apabila orang beri pandangan positif pula kita akan jadi terlalu selesa dan sikap itu pula tidak baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pembestarian Pendidikan Pangkor 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor di sini, hari ini.

Zambry yang juga Menteri Besar Perak mengulas mengenai dakwaan BN Perak membayar pemerhati untuk mengeluarkan analisis yang positif termasuk BN kekal memerintah negeri itu selepas PRU14.

Mengulas lanjut, beliau berkata dakwaan itu dibuat oleh mereka yang “tidak senang duduk” apabila BN Perak mendapat ulasan yang baik.


“Jika hasil daripada pusat kajian yang sama menghala kepada mereka, mereka sukalah. Tetapi kalau pusat kajian itu memberi petanda positif kepada BN, mereka mula tidak senang dan buat tulisan seperti yang keluar di sebuah portal berita menggambarkan Perak terlalu teruk,” katanya.

Zambry tidak menolak kemungkinan pembangkang menggunakan taktik kotor termasuk mengeluarkan analisis tidak tepat bagi memburukkan kerajaan negeri Perak pimpinan BN bagi meraih kepercayaan rakyat menjelang PRU14. -BERNAMA

Kategori