Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bekas Presiden Perancis Ditahan...

PARIS - Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, kini ditahan polis untuk siasatan berhubung...

Maut Dihempap Bas Ekspres...

Sungai Buloh - Seorang lelaki yang juga penumpang kereta maut sejurus kenderaan dinaiki...

Polis Berkas 9 Orang...

KANGAR - Polis menahan sembilan orang termasuk seorang wanita serta merampas dadah seberat...

Ikrar Bebas Rasuah Bukan...

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mana-mana organisasi, agensi atau...

Bomba Lahad Datu Selamat Harta Lebih RM66 Juta

LAHAD DATU – Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu berjaya menyelamatkan harta benda bernilai RM66,902,195.78 dalam kes kebakaran di daerah itu sepanjang Januari hingga Disember, tahun lalu.

Ketua Balainya Mohd Apandi Mahmood berkata pihaknya menerima 95 panggilan kebakaran dan taksiran kerugian harta benda bernilai RM6,636,165.22 bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya pihaknya sentiasa berusaha memberi tindak balas pantas dan mengenal pasti kelemahan untuk penambahbaikan bagi memastikan operasi menyelamat yang dilaksanakan berjalan lancar.

“Tahun lalu kita turut menerima 148 panggilan operasi penyelamatan dengan enam mangsa berjaya diselamatkan manakala 19 mangsa lagi dilaporkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan terima kasih terhadap bomba komuniti yang membantu pihaknya dengan tampil pantas terhadap setiap kecemasan di kawasan masing-masing sebelum ketibaan jentera bomba.


Katanya setakat ini terdapat 16 bomba komuniti di Lahad Datu yang dilengkapi pelbagai peralatan penyelamatan asas untuk bertindak melakukan penyelamatan pada peringkat awal.

Sementara itu, beliau menggalakkan masyarakat supaya menyediakan sekurang-kurangnya satu rumah satu alat pemadam api sebagai langkah pencegahan awal sekiranya berlaku kebakaran. – BERNAMA

Kategori