Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Cuti Anggota Polis Di...

KOTA KINABALU - Cuti semua anggota polis di Sabah dibekukan mulai esok untuk...

SKMM Siasat Gambar Fitnah...

HULU TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memulakan siasatan berhubung...

Permohonan Taraf Warganegara Proses...

KUALA LUMPUR - Permohonan taraf kewarganegaraan terutama penduduk di Sabah dan Sarawak perlu...

Pesalah Dadah Di Singapura...

SINGAPURA : Pesalah yang memiliki jumlah dadah terkawal tertentu yang besar, seperti kokain...

Bosan Lama Tunggu Dalam Pesawat, Lepak Di Sayap

MADRID – Seorang penumpang Ryanair dari London, Britain ke Malaga di selatan Sepanyol, yang bosan menunggu di dalam pesawat itu sebaik tiba, bertindak keluar dan duduk di atas sayap.

“Kami tunggu kira-kira sejam setengah untuk keluar dari pesawat. Lelaki itu tenang berjalan ke pintu kecemasan, membukanya, kembali ambil beg sandangnya dan keluar untuk duduk di atas sayap,” kata Fernando del Valle.

Saksi insiden tersebut yang merupakan penumpang kapal terbang itu berjaya merakamkan gambar eksklusif kejadian berkenaan pada 3 Januari lalu dan kemudian menyiarkannya menerusi laman Facebook milik beliau.

Rakaman terbabit turut menunjukkan aksi bersahaja seorang lelaki yang tidak diketahui identiti dirinya kelihatan cukup santai berjalan di atas sayap pesawat, meletakkan begnya sebelum duduk bersebelahan beg itu.


Media Sepanyol melaporkan lelaki warga Poland berusia 57 tahun itu kemungkinan besar tidak sabar menunggu lama dalam pesawat penerbangan FR8164 tersebut selepas mendarat kira-kira jam 11 malam waktu tempatan.

“Juruterbang tergamam. Dia tanya siapakah yang keluar selamba berjalan di atas sayap,” kata del Valle. Lelaki yang tidak didedahkan pengenalannya itu segera ditahan, kata Ryanair dalam kenyataan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori