Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Salah Siapa? Individu Islam...

Akibat tidak berhati-hati memilih tempat untuk menjamu selera, seorang individu 'sesal separuh nyawa' kerana...

Covid-19: Legoland Tutup Sementara

ISKANDAR PUTERI : Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) memaklumkan penutupan sementara taman...

Tampar Kanak-Kanak Dua Tahun,...

Kuala Lumpur : Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini...

Pegawai Kanan GLC Dibebaskan...

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini yang...

Bot Nelayan Langgar Syarat Lesen Ditahan APMM

GEORGE TOWN – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 telah ditahan di kedudukan 5.2 batu nautika barat daya Pulau Rimau dekat sini malam tadi kerana melanggar syarat lesen.

Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 2 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang Hamizan Harun berkata pihaknya menahan bot nelayan itu pada pukul 10.50 malam dan hasil pemeriksaan mendapati ia melanggar syarat lesen iaitu melakukan penangkapan ikan kurang 8 batu nautika dari daratan terdekat.

“Semasa ditahan, terdapat seorang tekong bersama tiga awak-awak berumur lingkungan 52 hingga 58 tahun berada di atas bot tersebut dan kesemua mereka ditahan kerana melakukan kesalahan menurut Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan turut ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk tindakan lanjut.

Katanya semua pengusaha bot nelayan diminta supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan. – BERNAMA

Kategori