Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Dahului Senarai 10...

KUALA LUMPUR: Malaysia dianggap sebagai tempat persaraan terbaik di Asia selepas disenaraikan di...

Mitsubishi Lancar Triton Generasi...

KUALA LUMPUR - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi hari ini...

Hafarizam Tak Mengaku Terima...

KUALA LUMPUR - Tidak sampai sejam dilepas tanpa dibebaskan daripada dua pertuduhan pengubahan wang...

Semak Tuduhan Aniaya Bella,...

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan pengasas Rumah...

Buat Kajian Kubu Perlindungan Tentera British Di Ipoh

IPOH – Jabatan Warisan Negara telah ditugaskan untuk membuat kajian terperinci berhubung kubu perlindungan bawah tanah binaan tentera British pada Perang Dunia Kedua di sini termasuk kesahihan tahun ia dibina.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kajian tersebut penting sebelum kerajaan negeri mengambil sebarang langkah bagi membangunkannya sebagai kawasan pelancongan baharu.

“Sekiranya kawasan ini berpotensi untuk dijadikan lokasi pelancongan warisan, maka kita akan membangunkan kawasan ini, namun ia tertakluk kepada pengesahan selanjutnya.

Kita juga perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkaitan termasuk polis dan jabatan-jabatan Persekutuan bagi memastikan kawasan ini selamat dikunjungi,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak kubu berkenaan yang terletak dalam kawasan penyelenggaraan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Sdn Berhad (LTSAS) di sini, hari ini.


Menjelas lanjut, Zambry berkata kerajaan negeri tidak menetapkan sebarang jangka masa untuk kajian berkenaan dijalankan bagi memastikan ia dapat dilakukan dengan teliti.

Kubu perlindungan bawah tanah yang ditemui minggu lalu itu dipercayai kubu pertama seumpamanya dalam negara dan digunakan tentera British semasa Jepun mengebom Ipoh pada 15 Dis 1941.

Berdasarkan penyelidikan awal oleh penyelidik dari Malaya Historical Group, kubu berkeluasan 2.8 meter dan 2.8 meter persegi (30 kaki x 30 kaki) boleh memuatkan sehingga 40 orang dalam satu-satu masa untuk memberi perlindungan kepada tentera British daripada serangan udara musuh. – BERNAMA

Kategori