Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dr Siti Hasmah Melawat...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan...

Pegawai SPRM Bertemu Daim...

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri...

Lagu ‘Sudah Ku Tahu’...

SIAPA sangka, lagu yang mengangkat nama Projector Band seterusnya memenangi tempat ketiga dalam Anugerah...

Bayi Enam Bulan Mati...

KAJANG - Laporan polis daripada seorang bapa mengenai kematian bayinya berusia enam bulan...

Bunuh Anak Kekasih, Kantoi Ketika Nak ‘Buat Kerja’

TINDAKAN seorang lelaki yang ingin menyembunyikan kematian anak teman wanitanya akhirnya menemui jalan buntu apabila pihak polis berjaya mematikan niat jahatnya itu.

Suspek yang dikenali sebagai Yap Kak Min, 33, ditahan sekitar pukul 5.55 petang semalam apabila kelakuannya yang dicurigai oleh pihak polis ketika sedang membuat rondaan di sekitar Jalan Perlis, Kuala Baram, Sarawak.

Pihak polis dikatakan telah terserempak dengan kereta Proton Iswara yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di sebuah lorong berdekatan dengan semak di kawasan berkenaan.

Ketika kejadian, suspek yang merupakan lelaki berbangsa Cina yang berasal dari Kuala Lumpur itu sedang berdiri di belakang keretanya dengan but terbuka.

“Dia menyedari kehadiran kereta peronda polis dan terus menutup but keretanya. Kemudian dia masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan tempat kejadian,” kata Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar.

Tambah Dev, berlaku aksi kejar-mengejar antara suspek dengan pihak polis sejauh lima kilometer sebelum kereta Proton Iswara berkenaan berhenti di simpang Pelabuhan Miri.

“Anggota di dalam kereta peronda kemudian mengarahkan pemandu itu keluar dan membuka but keretanya.

“Apabila but dibuka, anggota terbabit telah melihat jasad seorang gadis perempuan berbangsa Cina di dalamnya,” tambahnya lagi.


Sejurus itu, pihak polis telah menahan suspek dan Pasukan Siasatan Jenayah Miri yang telah dimaklumkan berkenaan kes bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati bahawa suspek telah membunuh mangsa yang merupakan anak kepada kekasihnya sendiri.

Mereka dikatakan telah tinggal sebumbung bersama dengan seorang lagi anak perempuannya di rumah sewa mereka dekat Permasjaya.

Sebelum kejadian pembunuhan itu berlaku, ibu dan kakak mangsa dikatakan sedang keluar bekerja dan bersekolah serta berlaku perselisihan faham kira-kira pukul 11 pagi semalam antara mangsa dan suspek sehingga membuatkan suspek mencekik mangsa hingga mati.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu di dari Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau, Miri dan suspek merupakan salah seorang pekerja di sebuah kedai perabot dekat Piasau.

“Saya ambil kesempatan ini untuk ucap tahniah kepada pemandu MPV, Koperal Mohd. Izwan Jamaludin dan krewnya, Koperal Eddy Abdullah kerana berjaya tangkap suspek dan menyelesaikan kes bunuh ini,” ujar Dev lagi sebagai tanda penghargaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori