Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Konsert Amal Doa Buat...

JOHOR BAHRU - Konsert Amal Doa Buat Kekasih di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada...

Aliff Syukri Akui Salah,...

USAHAWAN, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan mengakui salah kerana menggunakan cukai jalan kenderaan...

Gajah ‘Tanduk’ Penjaga Hingga...

KOTA KINABALU: Seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini, meninggal dunia...

Lebih 17 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Jumlah pemberian vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Bursa Saham Indonesia Runtuh, Ramai Cedera

GEMPAR… Orang ramai panik apabila satu aras di gedung Bursa Efek Indonesia (BEI) di Jakarta runtuh secara tiba-tiba jam 12 tengah hari (1 petang waktu Malaysia) menyebabkan ramai cedera.

Portal berita berpengaruh tempatan, Kompas.com melaporkan di lokasi bahawa halaman kompleks bursa saham tersebut dipenuhi ramai mangsa yang sedang mendapatkan rawatan kecemasan daripada petugas paramedik.

Media tempatan turut menyiarkan visual kecederaan mereka yang terbabit dan ia kelihatan cukup serius sebelum mangsa kemudian terpaksa dibawa ke beberapa hospital berhampiran dengan menggunakan bantuan ambulans.

Lantai yang runtuh tersebut adalah anjung balkoni di aras mezanin Tower 2 berdekatan lobi yang menempatkan kafe Starbucks. Gedung BEI terletak di kawasan Sudirman Central Business District (SCBD), Senayan, di sini.

Manakala sejumlah mangsa luka ringan masih lagi mendapatkan pertolongan pasukan kecemasan di halaman kompleks bursa berkenaan dengan sebahagian besar daripada mereka yang menerima rawatan adalah wanita.

Berdasarkan keterangan saksi, struktur bangunan di Tower 2 Gedung BEI itu runtuh menimpa ramai orang yang kebetulan sedang berada di bawahnya sama ada untuk menikmati hidangan di Starbucks atau urusan pejabat.

“Tadi lagi ramai orang, dan secara kebetulan ada kunjungan sekumpulan mahasiswa universiti setempat mungkin lawatan ilmiah bagi mempelajari aktiviti harian BEI,” kata salah satu saksi yang enggan disebutkan namanya.


Stesen televisyen tempatan melaporkan, sejurus setelah kejadian, semua pegawai dan pengunjung Gedung BEI segera diarah keluar ke kawasan berkumpul kecemasan yang ditetapkan. Ramai luka akibat terkena serpihan kaca.

Sebuah jentera bomba turut bergegas di kawasan kompleks berkenaan. Setakat ini tidak diketahui punca sebenar insiden itu sama ada akibat perbuatan pengganas atau memang kelemahan struktur bangunan tersebut sendiri.

“Suara ambrol kenceng banget, kayak bom,” kata seorang staf firma Arta Graha yang hanya mahu dikenali sebagai Tety dan berada di Starbucks ketika menggambarkan suasana kejadian runtuhan itu seumpama letupan amat kuat.

Bursa itu kemudian dibuka semula bagi sesi dagangan petang dan kesemua kakitangan disahkan selamat malahan sistem urus niaga juga didapati tidak terjejas, menurut ketua bursa, Tito Sulistio. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori