Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pelancong Jerman Mintak Hisham...

Normal kalau kita pergi melancong, ada kemungkinan orang akan meminta tolong pada kita...

Penduduk Kampung Baru Tidak...

KUALA LUMPUR - Penduduk Kampung Baru di sini tidak menolak pembangunan di kawasan...

PTPTN Perkenal Bayaran Balik...

KUALA LUMPUR - Bagi memudahkan peminjam membuat bayaran balik secara konsisten, Perbadanan Tabung...

2 Anggota Renjer Maut,...

YALA - Dua anggota renjer maut manakala dua yang lain cedera dalam kejadian...

Buru Haiwan Guna Jerat Boleh Didenda RM100,000

IPOH – Penggunaan jerat ke atas haiwan merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk hukuman penjara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junadi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, individu yang disabitkan kesalahan menggunakan jerat ke atas haiwan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 dan penjara maksimum dua tahun.

“Penggunaan jerat ke atas haiwan merupakan tindakan yang sangat zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan yang boleh menyebabkan kepupusan pelbagai spesies hidupan liar secara drastik.

“Selain daripada hidupan liar, jerat juga berisiko memberi ancaman kepada manusia yang melalui kawasan yang dipasang jerat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden penemuan satu bangkai Harimau Dahan (Neofelis nebulosa) yang mati akibat jerat di Kampung Sarok, Gerik pada 25 Januari lalu.

Pemeriksaan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Daerah Gerik menemukan satu dawai disyaki jerat pada kaki belakang sebelah kanan harimau itu.


Wan Junaidi berkata kementerian menjadikan tahun 2018 sebagai ‘Tahun Perangi Jerat’ untuk memberi fokus terhadap operasi penguatkuasaan dan pembasmian jerat di seluruh kawasan perlindungan serta habitat hidupan liar secara agresif dan menyeluruh.

Kementerian juga menyeru dan mengajak semua agensi, pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat agar menyokong usaha kerajaan memastikan hidupan liar dapat dilindungi daripada ancaman manusia, katanya.

“Pada masa sama, orang ramai diharap terus membantu dengan menjadi mata dan telinga Perhilitan dengan menyalurkan maklumat dalam usaha melindungi khazanah negara daripada diancam kepupusan,” katanya. – BERNAMA

Kategori