Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sarawak Keutamaan Kerajaan Persekutuan...

KUCHING : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan pembangunan Sarawak...

Harga Minyak Jatuh Lagi...

PUTRAJAYA – Harga runcit siling bahan bakar ditetapkan secara mingguan mulai 30 Mac...

7 Sekeluarga Maut, Pemandu...

GUA MUSANG - Seorang pemandu lori hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Jenayah Seksual Kanak-Kanak Diperluaskan

SHAH ALAM - Penubuhan Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak akan diperluas ke 12...

Buruh Dipenjara 15 Tahun, 4 Sebatan Rogol Anak Tiri

ALOR SETAR – Seorang buruh kontrak yang tergamak merogol anak tirinya September tahun lalu dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan empat sebatan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Najwa Che Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap Mat Zahir Shariff, 43, selepas tertuduh mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

“Perbuatan kamu adalah jijik, kamu memilih untuk melakukan perkara tersebut kepada anak tiri kamu sedangkan kamu sudah berkahwin dengan ibu mangsa,” katanya sebelum menjatuhkan hukuman.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tirinya yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Bukit Belah, Mukim Lada, Pokok Sena, pada 11 malam, penghujung September lalu. Kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan kepada ibu saudaranya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur memohon agar mahkamah memberi hukuman berat terhadap tertuduh berikutan kesalahan tersebut adalah serius dari sudut perundangan dan agama, malah tidak ubah ibarat “Harapkan pegar, pegar makan padi”.

“Malah mangsa turut trauma dengan kejadian tersebut dan mempunyai masalah berhadapan dengan masyarakat kerana tekanan perasaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori