Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Wajibkan Elaun Pelajar Praktikal...

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan elaun minimum untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang...

SPM 2023 Diawalkan, KPM...

SHAH ALAM: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran...

Polis Giat Kesan Suspek...

KEMAMAN: Polis masih giat mengesan suspek yang dipercayai membuang bayi perempuannya di atas...

PM Bawa Isu Rohingya...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa isu berkaitan etnik...

Cabul Kerani, Penganggur Warga Yaman Didakwa

PETALING JAYA – Seorang penganggur warga Yaman mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kerani wanita, dua minggu lepas.

Muhammad Ali Abdullah Al Masnaim, 33, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita yang berusia 26 tahun itu dengan niat hendak mencabul kehormatan dengan memegang bahu sebelah kanan dan cuba mencium pipinya dalam lif, sebuah pangsapuri di Serdang, dekat sini, pada 3 pagi, 20 Disember tahun lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fazeedah Faik tidak menawarkan sebarang jaminan manakala tertuduh tidak membuat rayuan kerana tidak mempunyai penjamin.

Majistret Nurulhuda Zakariya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 7 Februari untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • cabul

Kategori