Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Gambar Misteri Individu Berjubah...

MISTERI kemunculan figura menakutkan yang berjubah di Utara Carolina baru-baru ini telah mencetus...

Cinta Sejati, Lelaki Maut...

SEORANG lelaki di China maut selepas merempuh masuk ke dalam sebuah van yang...

GAMBAR: Majlis Pernikahan Erin...

Tahniah diucapkan kepada Nur Arina Abdul Malek, 20, atau lebih dikenali sebagai Erin...

Nora Danish, Nedim Nazri...

BARU-baru ini memang ada desas-desus menyatakan pelakon jelita, Nora Danish bakal mendirikan rumah...

Calon Kalabakan Keputusan Pemimpin Tertinggi

TAWAU – Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi untuk menentukan calon sesuai bertanding di kawasan itu jika perlu menggantikan beliau dan wakil rakyat lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya menjadi tanggungjawab semua anggota UMNO untuk akur dengan keputusan yang ditetapkan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak selepas melaksanakan ikrar taat setia kepada UMNO.

“Kita tidak boleh mencalonkan diri sendiri (untuk bertanding di Kalabakan) melainkan itu keputusan perdana menteri,” katanya kepada pemberita selepas pemberian bantuan wang persekolahan RM100 kepada 648 pelajar di SK Pasir Putih dekat sini hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita mengenai isu yang dibangkitkan akar umbi bahawa wakil rakyat sedia ada sudah terlalu lama memimpin kawasan itu dan perlu ditukar.

Ghapur berkata beliau sendiri sedar bahawa beliau antara pemimpin senior di kawasan Parlimen Kalabakan. Kawasan itu mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri – Merotai, Tanjong Batu dan Sebatik


“Saya sudah menjadi wakil rakyat selama tujuh penggal dengan empat penggal di Dewan Undangan Negeri dan tiga penggal di Parlimen,” katanya namun itu atas keputusan pucuk pimpinan selama ini.

Pada majlis itu, Abdul Ghapur turut menyampaikan 2,500 sumbangan beg sekolah daripada anggota Parti Liberal Demokratik (LDP) Jonathon Lim. – BERNAMA

Kategori