Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Lihat Makhluk Besar...

KEJADIAN runtuhan gunung di Siberia pada bulan lalu masih lagi menjadi misteri. Saintis kini...

Penonton Kesan Kanser Di...

SEORANG penyampai popular rancangan bersiri Flip or Flop, Tarek El Moussa, 34 telah...

Azhar Akui Ditipu, Tak...

PENUNTUT Malaysia, Azhar Ali, 20, yang tular di media sosial semalam susulan hantaran...

“Peguam Itu Burung Hering,...

SELAMA ini, orang ramai memandang mulia kerjaya peguam sebagai pekerjaan yang membela nasib...

CDM Sukan Asia Tidak Kompromi Isu Disiplin Atlet

KUALA LUMPUR – Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Asia Jakarta – Palembang 2018 Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi memberi amaran keras terhadap atlet yang tidak mematuhi ‘perintah berkurung’ ketika temasya itu berlangsung.

Beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak untuk menyingkirkan atlet terlibat daripada kontinjen negara dengan serta-merta, sekiranya didapati keluar pada waktu malam tanpa kebenaran pengurus pasukan dan alasan yang munasabah.

“Kita sudah memberitahu kepada pengurus pasukan…mereka (atlet) akan dihantar pulang dengan segera, menerusi penerbangan pertama. Pengurus pasukan bertanggungjawab dalam memastikan disiplin atlet bawah mereka.

“Kita juga akan ada pegawai-pegawai lain yang akan mengawasi atlet negara,” katanya apabila diminta mengulas mengenai risiko atlet negara hilang fokus ketika menyertai temasya itu, terutamanya di bandar raya Jakarta, selepas mesyuarat Pengurusan Pasukan ke Sukan Asia yang pertama di Wisma OCM di sini, hari ini.

Apabila ditanya mengenai perancangan untuk mengelak atlet negara terjejas dengan risiko keracunan makanan, beliau yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN), berkata pihaknya akan mengambil langkah sewajarnya untuk mengatasi masalah itu.

“Buat masa ini kita tidak ada perancangan untuk membawa tukang masak sendiri. Terlalu awal untuk membuat keputusan tentang perkara itu,” katanya.


Abdul Azim berkata antara perkara yang dibincangkan pada mesyuarat itu ialah tugas dan peranan pengurus pasukan, keterangan mengenai venue dan kemudahan temasya itu serta masalah kesesakan lalu lintas di Jakarta.

“Kita juga akan mengadakan seminar mengenai anti-doping pada 7 Mac dengan kerjasama ISN dan Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) untuk memberikan pendidikan dan kesedaran kepada atlet. Ia sangat penting kerana kebanyakan kes melibatkan atlet negara adalah kerana sibutramine, bahan yang digunakan untuk menurunkan berat badan, bukan ubat untuk meningkatkan prestasi,” katanya.

Selain itu, beliau turut mengesahkan 80 atlet akan menyertai pertandingan prakejohanan melibatkan enam sukan iaitu memanah, olahraga, pencak silat, tinju, taekwondo dan angkat berat di Jakarta pada 10-18 Feb depan. – BERNAMA

Kategori