Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Najib Sindir Skim FundMyHome...

ANEH... Seluruh Malaysia saksi bagaimana hebat kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mampu lancar...

Tiada Keperluan Peguam Wadi...

KANGAR : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) menjelaskan bahawa tiada...

Bayi Dicacah Tatu Pada...

BARU-baru ini tersebar gambar dan video mengenai seorang bayi yang dicacah tatu kartun...

Chong Wei Mara Separuh...

KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei meneruskan rentak garang apabila menempah tiket...

Champion Membawa Trend Jubin Marmar Terbaharu Ke Singapura

TAIPEI, Taiwan – Singapura bukan hanya satu daripada daerah kewangan yang paling penting di Asia tetapi juga merupakan sebuah pusat kebudayaan bagi Barat dan Asia. Bandar raya ini mengembangkan trend-trend yang unik kepada satu tahap yang baharu dan Champion amat berbangga untuk membawa trend jubin terkini dalam warna marmar hitam ke Singapura.

Marmar sentiasa menjadi satu bahan utama di dalam reka bentuk dalaman. Koleksi Marmar Hebat Champion adalah satu daripada barisan produk penting yang menggabungkan sifat dengan elemen reka bentuk dalaman. Jubin marmar meresapi ruang dengan satu rupa yang kontemporari dan moden, dan Champion menawarkan pelbagai corak dan ton.

Marquina Hitam, sebuah marmar halus yang jarang ditemui yang berasal dari kawasan Markina di utara Sepanyol, merupakan kemuncak kepada koleksi Champion pada tahun ini. Marquina Hitam adalah sangat jarang dan mahal untuk diperolehi, dan intipati bagi jubin hitam itu adalah sukar untuk dikuasai. Hanya Champion yang berupaya mengeluarkan keaslian kehitaman pada marmar itu, sekali gus mewujudkan penampilan elegan dan menakjubkan untuk setiap ruang.

Sebagai sebuah syarikat jubin dan porselin tingkat satu yang bertaraf dunia, Champion bekerja dengan rakan kongsi yang boleh dipercayai di seluruh dunia untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan bagi pelbagai produk. Tahun ini, koleksi marmar terbaharu mereka – Marquina Hitam – boleh didapati di SOON BEE HUAT Concept Boutiques di Singapura.

Maklumat mengenai Champion

Ditubuhkan pada tahun 1972, kumpulan Champion mempunyai sebuah visi korporat yang jelas tentang “Mewujudkan satu Ruang Hidup yang Sensitif.” Jenama bertaraf global itu mempunyai sebuah reputasi yang baik untuk produk berkualiti tinggi dan diperakui bagi kemesraan terhadap alam sekitar. Champion adalah peneraju pasaran di Taiwan dan menyokong 600 pengedar di 70 buah negara dengan membawa kualiti ke dalam setiap ruang.
http://www.champion-tile.com


SOON BEE HUAT Toh Guan Concept Boutiques
3A Toh Guan Road East, Singapura 608834
http://www.sbh.com.sg

Hubungi
Media:
Champion Building Materials Group
Allison Fan, +886-37-583775
Pengurus Pemasaran Antarabangsa
[email protected]

Sumber: Champion

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. -BERNAMA

Kategori