Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Najib Umum Bina Sekolah...

KOTA MARUDU - Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kelulusan pembinaan sekolah baharu...

Monumen Gempa Bumi Kinabalu...

KUNDASANG - Sebuah monumen daripada batu granit telah dibina sebagai memperingati tragedi gempa...

Sistem Pengurusan Senjata KDN...

JOHOR BAHRU - Sistem pengurusan senjata di sesetengah agensi di bawah Kementerian Dalam...

Kerja Penyenggaraan Bekalan Elektrik...

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja penyelenggaraan di Pencawang Masuk Utama (PMU) milik Tenaga Nasional...

Chicago Gembira Jadi Nama Anak Ke-3 Kim Kardashian

WASHINGTON DC – Selebriti realiti televisyen, Kim Kardashian dan suaminya, Kanye West mendedahkan nama bayi perempuannya, Chicago, menerusi satu pengumuman, semalam.

Bayi tersebut yang dilahirkan, di Los Angeles pada Isnin lalu, melalui kaedah ibu tumpang daripada seorang wanita keturunan Afro-Amerika dan berusia awal 30-an; adalah anak ketiga pasangan popular Hollywood berkenaan.

Bagaimanapun, Kardashian tidak membuat sebarang penjelasan lanjut mengenai rahsia anak bongsunya itu diberi nama sedemikian. Secara kebetulan, West, 40, hidup membesar di Chicago meskipun asalnya dilahirkan di Atlanta.

Sebelum ini, Kardashian, 37, dan West sudah mempunyai dua anak iaitu North, 4, dan Saint, 2. Berita mengenai nama anak artis ini mencetuskan reaksi gembira ramai netizen tempatan dan pihak berkuasa di Chicago sendiri.

Ketua Biro Pelancongan Chicago,Ā David Whitaker menyifatkan nama tersebut turut mempromosikan kota terbesar di negeri Illinois itu malah berbangga diberi penghormatan dan berharap, bayi berkenaan akan datang ke Chicago.

Menggunakan singkatan Chi (disebut seperti shy bermaksud malu dalam bahasa Inggeris), Kardashian pernah berkunjung ke bandar raya ketiga paling ramai penduduk di Amerika Syarikat itu untuk program televisyennya.


Bintang realiti dan media sosial Keeping Up with the KardashiansĀ itu berkata beliau mengambil keputusan menggunakan kaedah ibu tumpang selepas doktor memberi amaran risiko kesihatan jika mengandung lagi.

Mereka membayar sebuah agensi sebanyak AS$45,000 (RM189,540) untuk mendapatkan khidmat ibu tumpang tersebut, namun wanita itu perlu mengikuti rejim pemakanan dan kesihatan ketat disediakan oleh Kim sendiri.

Ini bagi memastikan anak bakal dilahirkan itu sihat.Ā Bukan sahaja itu, ibu tumpang tersebut diharamkan mengambil nikotin, alkohol, dadah dan kafein demi menjaga kesihatan bayi yang dikandung.Ā – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori