DIJANGKA bakal menerima kehadiran orang baharu pada Mac depan, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin merakamkan sebuah single khas buat cahaya mata sulungya itu.
Single yang berjudul, Comel Pipi Merah itu merupakan lagu ciptaan Siti sendiri manakala liriknya pula mendapat sentuhan kretif penulisan, Rozisangdewi.
Menurut Siti, lagu berkenaan dikatakan sangat istimewa kerana ia mengandungi elemen yang membangkitkan nostalgia zaman kanak-kanaknya.
“Dalam melodi lagu ini, Siti ada selitkan bunyi seperti seseorang sedang mengagah bayi. Siti ingat lagi ketika kecil dulu, arwah abah suka buat begitu pada anak-anak kecil dan juga cucu-cucunya.
“Siti turut menggabungkan karya ini dengan lagu rakyat, Can Mali Can, tetapi Siti tukar pantunnya mengikut kesesuaian lagu. Siti buat begini supaya ia mudah diingati mereka yang dengar,” katanya dipetik BH Online.
Sesuai dengan ‘mood’ ceria lagu berkenaan, pelantun lagu Biarlah Rahsia itu turut mengundang dua anak saudaranya, Siti Nurun Marsitah Mohd. Ghazali dan Puteri Siti Nurinsyirah Damia Saiful Bahri untuk bersama mengiringi nyanyiannya.
Baca:Â Hadiah Buat Anak, Siti Nurhaliza Cipta Lagu
Sementara itu, diminta mengulas mengenai pengalaman berada di studio ketika diri sedang sarat, Siti memanjatkan kesyukuran keranasegala urusan rakaman berjalan dengan lancar.
“Terasa juga sedikit semput, maklum sajalah usia kandungan Siti pun sudah lebih tujuh bulan.
“Ingatkan, proses rakamannya akan mengambil masa hingga empat jam, tetapi alhamdulillah semuanya selesai dalam tempoh sejam saja,” kongsinya. – MYNEWSHUB.CC/AMÂ