Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mahkamah London Benarkan M’sia...

Mahkamah di London, United Kingdom membenarkan kerajaan Malaysia untuk meneruskan cabarannya terhadap penyelesaian...

Ronaldinho Bakal Sarung Jersi...

PENYOKONG Perak berpeluang menyaksikan kelibat bekas pemain Brazil, Ronaldinho beraksi bersama skuad The...

Idris Terima Kunjungan Hormat...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menerima kunjungan rakan sejawatannya...

Tegak Kepastian Hukum Selesai...

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu mendukung kepastian hukum bagi penyelesaian pertikaian yang berkesan...

CSSB Lewat Serah Surat Kebenaran Pesuruhjaya Sukan

SHAH ALAM – Kelewatan Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) mengemukakan surat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan kepada pihak polis adalah punca Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 yang sepatutnya berlangsung hari ini tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihak penganjur hanya mengemukakan surat kelulusan berkenaan kepada pihaknya pada kira-kira 12.45 tengah malam tadi, kira-kira enam jam sebelum perlumbaan berlangsung.

Baca: Cabaran Berbasikal Pulau Indah 180 Dibatalkan

“Untuk tempoh sesingkat itu agak mustahil untuk polis menyediakan anggota yang cukup untuk mengawal trafik di sepanjang 180 kilometer (km) laluan perlumbaan yang melibatkan empat daerah polis antaranya Klang, Banting dan Sepang kerana penugasan awal telah dibuat.

“Sepatutnya penganjur perlu mengemukakan surat kelulusan berkenaan paling lewat 24 jam sebelum acara diadakan, jika penganjur mematuhi prosedur ini pihak polis tiada masalah untuk memberi kerjasama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Kira-kira 1,000 peserta acara lumba basikal yang masuk edisi ketiga itu hampa apabila acara berkenaan dibatalkan pada saat akhir oleh penganjur atas alasan keselamatan dan ditukar kepada acara kayuhan santai atau ‘Fun Ride’ sejauh 80 km.


Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Datuk Mahmud Abbas dilaporkan memberi jaminan yuran penyertaan peserta akan dikembalikan. – BERNAMA

Kategori