Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Malaysia Intai Peluang Jalin...

KAZAN (Rusia) : Malaysia sedang berusaha untuk menjalin kerjasama dengan Rusia dalam pertukaran...

Debat Isu TH: Abdul...

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul...

Tiada Fatwa Akan Dikeluarkan...

PUTRAJAYA - Malaysia tidak akan mengeluarkan sebarang fatwa mengenai status konflik di Syria...

Bakal Terima Alat Pengesanan...

BALIK PULAU - Cervisafe, sejenis alat ujian pengesanan awal kanser serviks bakal diperkenal...

Curi Tiga Cermin Mata Juruteknik Dipenjara, Didenda

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik dihukum penjara empat hari dan didenda RM1,200 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri tiga pasang cermin mata bernilai keseluruhan RM897.

Majistret Maizatul Munirah Abd Rahman menjatuhi hukuman itu terhadap Mohd Hydir Ismail, 24, yang mencuri cermin mata milik O.W.L Eyewear, di Lot LG-10, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini pada 9.30 malam, 1 Jan lalu dan memerintahkannya menjalani hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 5 Jan lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya hendaklah dihukum penjara dengan denda atau sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Noorelynna Hanim Abd Halim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran bagaimanapun Mohd Hydir yang diwakili peguam P. Suthes merayu hukuman ringan kerana dia merupakan penanggung utama keluarga yang menanggung tiga adik yang masih bersekolah.

Terdahulu, mengikut fakta kes, tertuduh telah menghantar cermin mata miliknya untuk diservis di kedai tersebut dan sementara menunggu cermin matanya dibaiki, tertuduh telah mengambil tiga unit cermin mata yang diletakkan di meja pameran lalu memasukkan kesemua aksesori tersebut ke dalam poket baju sejuk yang dipakainya.


Tertuduh kemudiannya membayar RM2 untuk servis cermin matanya sebelum beredar keluar dari kedai tanpa membuat sebarang pembayaran untuk tiga pasang cermin mata yang diambil dan tindakan tertuduh itu disedari salah seorang pekerja di kedai itu lalu melaporkannya kepada pihak berkuasa. – BERNAMA

Kategori