Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tawar 4 Kerusi Untuk...

PRN JOHOR | PAS berminat untuk meletakkan calon mereka di semua kerusi yang...

Raja Salman Benarkan Wanita...

RIYADH/WASHINGTON - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz semalam mengarahkan supaya wanita dibenarkan...

VIDEO: Reaksi Budak Lelaki...

SATU eksperimen sosial mengenai isu keganasan telah dilakukan oleh jurukamera Itali, Luca Lavarone terhadap...

Sultan Johor Zahir Tahniah...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum SultanIskandar hari ini menzahirkan ucapan...

“Dah ‘Potong’, Datang Mana ‘Kunyit’ Tu..?” – Safiey

PENGHIJRAHAN ‘sementara’ pengasas kosmetik Safiey Ilias daripada seorang mak nyah kepada lelaki tulen menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.

Meskipun pengakuan taubatnya dipuji melambung dan telah diberi publisiti meluas sehingga kisah hidupnya ditayangkan di stesen televisyen TV Alhijrah, namun apabila Safiey kembali berpakaian wanita, kecaman demi kecaman dilemparkan kepadanya.

Pelbagai gelaran buruk seperti ‘kunyit’, ‘gay‘, dan ‘bapok’ diberikan kepadanya oleh netizen di media sosial.

Dek tidak tahan terus dikutuk dan sering dipandang sinis oleh masyarakat, Safiey kemudiannya tampil meluahkan rasa terkilan menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya pada Isnin.

“Tak faham lah. Kenapalah bila saya up gambar dengan kawan-kawan lelaki korang akan cakap “kunyit”, “gay” dan macam-macam lagi. Saya kan dah potong. Datang manalah kunyit tu. Cakap seolah-olah saya ni berzina pulak. Lagipun lelaki dengan lelaki kot, apa masalahnya betul tak? Bukan kena samak pun (betul ke ayat ni?).

“Habis tu kalau awak yang dah kahwin lepak dengan lelaki lembut atau kunyit bermaksud awak kunyit juga ke? Kalau bini awak semua lepak dengan tomboy pun dikira lesbian ke? Saya pun ada hati dan perasaan. Tapi tak apa saya sentiasa sabar. Dosa dengan Allah boleh minta maaf dengan taubat.

Pengasas Kosmetik, Safiey Ilias.

“Tahu tak kenapa saya tak balas apa pun org cakap dekat saya?? Sebab saya takut tak jumpa nak cari orang yang saya hina tu untuk minta maaf. Jangan kerana satu perkataan kesat yang kita ucap/tulis jadi penghalang kita masuk syurga. Tak berbaloi.

“Macam saya cakap kalau kita anggap duit adalah sebab kita dapat kawan dan pasangan, akhirnya kita akan attract kawan yang berkawan dengan kita atas dasar duit. Kalau kita kata kita ni cantik, kita akan attract orang yang hanya suka pada kita kerana kecantikan kita. Inilah LAW OF ATTRACTION!

“Tapi kalau kita percaya kebaikan kita dan sikap kita, percayalah kita akan dapat kawan yang ikhlas dengan kita. Maafkan saya jika status ini ada mengguris hati sesiapa. #Lelakicantik #switch #dsiempire #perlashinekapsulmutiara #perlaking #perlakingallshine #dvf #dianevonfurstenberg,” tulis Safiey.

Tak faham lah.. kenapa lah bila saya up gambar dgn kawan2 lelaki korang akan cakap “kunyit” , “gay” dan macam2 lagi..Saya kan dh potong.. datang mana lah kunyit tu.. cakap seolah-olah saya ni berzina pulak 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ lagipun lelaki dengan lelaki kot, apa masalahnya betul tak? Bukan kena samak pun (betul ke ayat ni?). habis tu kalau awk yg dah kahwen lepak dgn lelaki lembut atau kunyit bermaksud awk kunyit juga ke ? Kalau bini awk semua lepak dgn tomboy pun dikira lesbian ke ? Saya pun ada hati dan perasaan. Tapi tak apa saya sentiasa sabar . Dosa dgn Allah boleh mntk maaf dgn taubat. Tahu tak kenapa saya tak balas apa pun org cakap dkt saya ?? sebab saya takut tak jumpa nak cari orang yg saya hina tu untuk mintak maaf. Jangan kerana satu perkataan kesat yg kita ucap/tulis jadi penghalang kita masuk syurga. Tak berbaloi 😣 . . Mcm saya cakap kalau kita anggap duit adalah sebab kita dapat kawan dan pasangan, akhirnya kita akan attract kawan yg berkawan dgn kita atas dasar duit. Kalau kita kata kita ni cantik, kita akan attract orang yg hanya suka pada kita kerana kecantikan kita. Inilah LAW OF ATTRACTION! Tapi kalau kita percaya kebaikan kita dan sikap kita , percayalah kita akan dapat kawan yg ikhlas dgn kita.. . . Maafkan saya jika status ni ada mengguris hati sesiapa. #Lelakicantik #switch #dsiempire #perlashinekapsulmutiara #perlaking #perlakingallshine #dvf #dianevonfurstenberg

A post shared by THE ONLY 1 SAFIEY ILLIAS (@safieyillias94) on


Perkongsian yang mendapat lebih daripada 11,000 tanda suka itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen tidak kira sama ada yang berbentuk positif mahupun negatif.

Sejujurnya, berubah bukan sesuatu yang mudah dan bukan juga susah. Kalau kita nak, Allah akan buka seluas-luas jalan buat hambanya.

Tapi, kalau NAK TAK NAK, kita akan jadi kreatif untuk mencipta pelbagai alasan untuk berubah. Apa-apa pun doakan saja yang terbaik buat Safiey. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori