Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pesara Tentera Bawa 32,000...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Kedah menahan seorang pesara tentera...

Chelsea Hadapi Krisis Penyerang...

LONDON - Chelsea berhadapan situasi yang mana pemain veteran, Didier Drogba, adalah satu-satunya...

Operasi Kebakaran HSA Selesai...

JOHOR BAHRU - Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat mengawal kebakaran di wad...

BN, PAS, PBRS Tuntut...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan PAS...

Dakwaan Harga Ikan Di Sabah Naik Tak Betul

KOTA KINABALU – Dakwaan harga ikan di pasaran meningkat sehingga 50 peratus berikutan bekalan dan tangkapan yang berkurangan adalah tidak benar, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sabah Dr Ahemad Sade.

Beliau berkata berdasarkan tinjauan, pihaknya mendapati bekalan ikan masih banyak dan harga masih terkawal.

“Sebagai contoh harga ikan di pasar pada semalam… ikan Tamban dijual RM6 sekilo danikan Tulai RM8 sekilo,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dakwaan mengenai jumlah tangkapan yang dikatakan menurun sehingga 50 peratus juga dan berdasarkan data yang diperolehi, pendaratan ikan marin di Sabah adalah konsisten sejak tahun lepas.

“Pendaratan bagi tahun 2017 adalah sebanyak 161,424 tan metrik dengan nilai RM 938.3 juta dan ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2016, iaitu sebanyak 159,773 tan metrik dengan nilai RM 820.0 juta.

Sementara itu, Ahemad berkata kerajaan menetapkan syarat yang cukup ketat ke atas permohonan lesen menangkap ikan laut dalam.


“Hanya warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah sahaja yang layak diberikan lesen menangkap ikan laut dalam di perairan negeri ini.

“Setiap vesel laut dalam diwajibkan memasang MTU (Mobile Transceiver Unit) dan plat penanda khas bagi memudahkan pemantauan serta pengesahan sama ada sesuatu vesel berkenaan adalah vesel asal atau diklon.

Sehubungan itu, Ahemad berkata kerjasama yang sedia ada dengan agensi penguatkuasaan lain terutamanya dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus dimantapkan bagi menangani masalah vessel diklon. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ikan

Kategori