Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

PRU14: Polis Panggil Calon,...

PEKAN - Polis akan memanggil semua calon dan wakil agensi terlibat di daerah...

Masyarakat Bugis Desak Mahathir...

PUTRAJAYA - Masyarakat Bugis di Malaysia hari ini mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Najib Tiba Di Bandar...

BANDAR SERI BEGAWAN ā€“ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di...

Caj Wad Kelas 1,...

KUALA LUMPUR - Caj perkhidmatan wad untuk pesakit kelas satu dan dua akan...

DAP Bakal Kuasai Perak Selepas Pulau Pinang?

KUALA LUMPUR – Sudah terang lagi bersuluh Perak bakal dikuasai oleh parti DAP sekiranya Pakatan Harapan berjaya memenangi negeri itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff berkata, DAP diberi paling banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak untuk ditandingi iaitu 18 kerusi.

“Ia diikuti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masing-masing hanya diagihkan 14 kerusi manakala serpihan PAS iaitu Parti Amanah Negara (PAN) cuma 13 kerusi.

“Apabila DAP mendominasi agihan kerusi DUN Perak, tidakkah ini beri gambaran jika Pakatan Harapan menang, kalaupun bukan wakil rakyat DAP jadi Menteri Besar Perak, DAP-lah yang akan menjadi pemegang kuasa sebenar di Perak,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Kamarul berkata, beliau mendapat maklumat mengenai agihan kerusi DUN Perak antara parti-parti dalam Pakatan Harapan itu telah selesai dilakukan berdasarkan sumber yang berwibawa.


Justeru, beliau menyatakan rasa hairan mengapa nama-nama besar dalam PAN seperti Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahmad Awang dan Asmuni Awi dari Perak, tetapi parti Islam baharu itu mendapat agihan kerusi DUN paling sedikit. – MYNEWSHUB.CC

Kategori