Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Hari Kebangsaan 2015: Presiden...

NEW DELHI - Presiden India Pranab Mukherjee menyampaikan ucap selamat dan setinggi-tinggi tahniah...

Tiada Laporan Air Tebu...

JERANTUT - Penggemar air tebu di negeri ini tidak perlu bimbang untuk membeli...

Lebih 30,000 Tuntut Iktiraf...

BERSEMANGAT... Baru tujuh jam lalu dilancarkan, lebih 30,000 rakyat Malaysia menandatangani petisyen dalam...

Malaysia Belum Sedia Terima...

SHAH ALAM – Malaysia masih belum bersedia melaksanakan proses meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai...

Daren Tidak Gentar Dengan Reputasi Axelsen

KUALA LUMPUR – Walaupun mengakui lawannya berada di kelas tersendiri, pemain profesional negara, Liew Daren berjanji akan memberi saingan sengit apabila bertemu pemain terbaik dunia, Viktor Axelsen, pada aksi separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Masters di sini, esok.

Pemain berusia 31 tahun itu bertekad untuk melakukan kejutan besar meskipun mengakui saingan berdepan dengan pemain nombor satu dunia dari Denmark itu merupakan cabaran yang sukar,

“Perlawanan esok pasti sukar buat saya tetapi saya percaya dengan kemampuan saya dan tetap tidak akan memberi laluan mudah kepada Axelsen,” kata Daren selepas menjadi satu-satunya wakil tunggal negara dalam acara perseorangan lelaki yang berjaya melangkah ke separuh akhir.

Pada perlawanan suku akhir di Arena Axiata Bukit Jalil di sini, hari ini, Daren, bekas pemain Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu, mengalahkan pemain Thailand, Suppanyu Avihingsanon 21-18, 21-17 manakala Axelsen pula menewaskan pemain Indonesia, Jonatan Christie 21-15, 19-21, dan 21-12.

Walaupun memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan pernah mengalahkan Axelsen di pentas final Terbuka Perancis pada 2012, Daren berkata rekod lama itu tidak boleh dijadikan ukuran kerana lawannya kini bergelar juara dunia dan berada di kelas tersendiri.


Ini merupakan kali kedua berturut-turut Daren layak ke separuh akhir dalam tempoh dua minggu selepas Thailand Masters di Bangkok, minggu lepas.

“Untuk kejohanan ini, saya memang melakukan persiapan rapi dengan berlatih bersungguh-sungguh…saya berpuas hati dapat ke separuh akhir,” katanya. – BERNAMA

Kategori