Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Saya Nak Jumpa Dia...

Batu Pahat: "Saya tak nak adik saya mati. Saya nak jumpa dia dalam...

Jokowi Bakal Pecat Menteri...

PRESIDEN Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sememangnya cukup sinonim dengan kepimpinannya yang tegas dalam...

Dibelasah Anak Kekasih, Orang...

CHINA - Akibat berang dengan hubungan ibu bapa yang makin menghampiri fasa penceraian,...

“Saya Bukan Tak Laku...

PEMAIN bola sepak, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak menyifatkan keputusan dramatiknya untuk menceburi...

Dasar BN Berjaya Tingkat Ekonomi, Sosial Rakyat

SEREMBAN – Janji-janji yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) ketika pilihan raya umum ke-13 ditunaikan menerusi pelbagai dasar dan perancangan jangka panjang yang kini dilaksanakan kerajaan Negeri Sembilan.

Mengambil contoh dasar jaringan keselamatan sosial, Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dasar itu terbukti menjadi sebuah dasar holistik sehingga mengubah landskap pembangunan negeri, ekonomi, kebajikan, sosial dan taraf hidup rakyat di negeri ini.

“Misalnya dalam soal perumahan… disebabkan harga rumah yang ada di pasaran sekarang tidak mampu dimiliki lagi kerana harganya melambung tinggi, kerajaan negeri telah menyediakan satu dasar bagi menyelesaikan masalah ini iaitu Dasar Perumahan Negeri Sembilan (2015) yang bertujuan meningkatkan kemampuan pemilikan rumah dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada program Sepetang Bersama Pemimpin di bangunan Pertubuhan Wanita Negeri Sembilan (NSWO) di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua NSWO Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Mohamad berkata kerajaan negeri pimpinannya juga amat menitikberatkan soal pendidikan rakyat.

“Saya telah bermesyuarat dan menyatakan hasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu dan perkara pertama yang bangkit setelah beberapa kajian dibuat ialah masalah penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris.

“Oleh itu, kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan telah mengadakan kursus untuk guru-guru bagi memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris supaya dapat diterapkan kepada para pelajar,” katanya.


Dalam soal pembangunan pula, Mohamad berkata Negeri Sembilan akan mengalami satu pembangunan yang sangat pesat di sekitar Seremban, Port Dickson dan Nilai menerusi projek Malaysia Vision Valley (MVV) yang akan memberi manfaat besar kepada masyarakat di negeri ini.

”Negeri ini akan terus membangun dan saya akan memastikan pentadbiran akan diuruskan dengan terbaik mungkin sekiranya diberikan kepercayaan oleh rakyat supaya kerajaan yang ada sekarang kekal memerintah (pada PRU14 nanti).

“Saya hendak bangunkan lagi Negeri Sembilan… saya minta semua menyokong pemerintahan sedia ada pada pilihan raya (umum) akan datang agar segala yang dirancangkan dapat dilaksanakan,” katanya.

MVV adalah rancangan komprehensif jangka panjang kerajaan negeri yang melibatkan Seremban dan Port Dickson dan akan menjadi pemangkin kepada pembangunan Negeri Sembilan. Ia adalah kesinambungan daripada Greater KL dan merupakan satu Agenda Transformasi Negara yang mengguna pakai pendekatan kerjasama awam-swasta. – BERNAMA

Kategori